HQE bakal miliki bangunan baharu, parkir bertingkat muatkan lebih 5,000 kenderaan

KOTA KINABALU – Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu bakal memiliki bangunan klinikal baharu serta parkir bertingkat dengan kapasiti melebihi 5,000 kenderaan.

Menteri Kewangan Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kerajaan Persekutuan memberi tumpuan khusus terhadap usaha menaik taraf kemudahan di HQE bagi memastikan perkhidmatan kesihatan terus dipertingkatkan sejajar dengan keperluan semasa.

“HQE adalah hospital utama di Sabah dan saya sendiri telah menyatakan dalam ucapan saya dahulu bahawa Kerajaan Persekutuan memberi penumpuan untuk menaik taraf kemudahan-kemudahan yang ada di sini.

“Langkah pertama ialah pembinaan bangunan atau blok baharu yang saya difahamkan telah diluluskan secara prinsip,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Papan Tanda dan Galeri Sejarah HQE, di Auditorium HQE, di sini pada Khamis.

Mengulas mengenai isu kesesakan parkir di HQE, beliau berkata, perkara itu telah dibawa beberapa kali dalam Mesyuarat Kabinet Negeri Sabah.

“Isu ini telah dibawa beberapa kali dalam Mesyuarat Kabinet Negeri Sabah dan beberapa cadangan telah dikemukakan.

“Saya difahamkan bahawa menteri yang bertanggungjawab atau Exco Kesihatan kita, Datuk James Ratib, akan berjumpa dengan pihak berkaitan di Kuala Lumpur untuk membincangkan cara mempercepatkan penyelesaian masalah ini,” ujarnya.

Sementara itu, menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr Maria Suleiman, perancangan pembinaan bangunan klinikal baharu itu bertujuan mengurangkan kesesakan serta mempercepatkan akses rawatan pesakit.

“HQE kini dalam perancangan mewujudkan bangunan klinikal baharu yang bakal meningkatkan kapasiti perkhidmatan dan menambah jumlah katil.

“Seiring dengan itu, pembinaan pusat parkir bertingkat dengan kapasiti lebih 5,000 kenderaan juga dirancang bagi menangani isu kesesakan lalu lintas dan kekurangan parkir di kawasan hospital,” katanya.

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Datuk Dr Abd Kahar Abd Asis dalam majlis yang sama.

Related Posts

Seleweng 38,000 liter diesel, lelaki didenda RM100,000

SIBU – Padah berurus niaga barang kawalan berjadual tanpa lesen melibatkan 38,000 liter minyak diesel, seorang lelaki warga tempatan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen Sibu. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja maut motosikal terjatuh bawah bas persiaran

KUANTAN – Seorang remaja lelaki maut selepas terperosok ke bawah bas sejurus motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan di Jalan Genting Highlands, arah turun, pagi tadi. Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seleweng 38,000 liter diesel, lelaki didenda RM100,000

Seleweng 38,000 liter diesel, lelaki didenda RM100,000

Remaja maut motosikal terjatuh bawah bas persiaran

Remaja maut motosikal terjatuh bawah bas persiaran

Perbelanjaan kementerian disemak, Belanjawan 2026 kekal seperti dirancang

Perbelanjaan kementerian disemak, Belanjawan 2026 kekal seperti dirancang

Zahid atur pertemuan dengan ADUN UMNO Negeri Sembilan

Zahid atur pertemuan dengan ADUN UMNO Negeri Sembilan

Tarikh baharu sidang DUN Perlis 3 hingga 5 Jun

Tarikh baharu sidang DUN Perlis 3 hingga 5 Jun

Isu internet di Melaka ditangani segera, 358 lokasi diaudit

Isu internet di Melaka ditangani segera, 358 lokasi diaudit