Himpunan Turun Anwar sekadar taktik tutup perpecahan dalam PN – Sany

AHLI Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan hari ini membidas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menyokong Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini, sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan bertujuan mengalihkan perhatian daripada perpecahan dalaman Perikatan Nasional (PN).

Menurut Sany, beliau berpandangan bahawa penganjuran himpunan tersebut sebenarnya tidak mempunyai hala tuju yang jelas, sebaliknya hanya bertujuan mengaburi mata rakyat terhadap konflik dalaman yang sedang melanda PN dan kelemahan pentadbiran kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir oleh mereka.

“Himpunan ini tidak ada arah tuju. Ia hanyalah satu helah politik untuk menutup perpecahan dalam PN dan PAS serta kegagalan mereka mentadbir negeri-negeri yang mereka kuasai.

“Rakyat semakin celik dan tahu menilai siapa yang benar-benar bekerja untuk mereka,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Kerajaan MADANI tidak pernah menghalang rakyat untuk berhimpun secara aman sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, namun perhimpunan tersebut mestilah mengikut lunas undang-undang dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

“Kerajaan tidak menghalang rakyat berhimpun, malah pihak polis sedia memberi kerjasama demi memastikan keselamatan mereka yang hadir.

“Namun perhimpunan mesti berlangsung secara aman dan mengikut peraturan kerana lokasi yang digunakan turut dilalui orang awam,” katanya.

Pada Rabu, Sanusi mendakwa pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung bantuan tunai serta penurunan harga minyak tidak akan menjejaskan perancangan rakyat untuk menghadiri perhimpunan yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini.

Beliau berkata, pengumuman tersebut dilihat sebagai usaha untuk meredakan suhu politik semasa, selain bertujuan menghalang orang ramai daripada menyertai perhimpunan tersebut.

Mengulas isu-isu yang dijadikan asas penganjuran himpunan tersebut, Sany berkata perkara seperti harga minyak dan kos sara hidup telah dijelaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Beliau berkata, cubaan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan melalui seperti penganjuran himpunan ini adalah tindakan yang tidak menghormati sistem demokrasi dan perlembagaan negara.

“Kalau mahu jatuhkan kerajaan, tunggu Pilihan Raya Umum (PRK). Gunakanlah saluran yang sah. Jangan guna cara ‘tebuk atap’ kerana ia hanya merugikan rakyat.

“Yang di-Pertuan Agong pun sudah beri isyarat jelas bahawa baginda tidak akan melayan gerakan yang mahu rampas kuasa melalui pintu belakang,” ujarnya.

Justeru, Sany menyeru rakyat agar tidak terperangkap dalam permainan politik sempit pembangkang yang menurutnya hanya akan mengganggu kestabilan negara pada ketika kerajaan sedang giat memulihkan ekonomi dan menjaga kebajikan rakyat.

Related Posts

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

PUTRAJAYA – Pemimpin Wanita PKR membidas kenyataan Khairy Jamaluddin yang mendakwa UMNO adalah parti lebih kuat dan kurang dikritik berbanding pesaingnya seperti PKR dan Bersatu. Exco Wanita PKR, Farahida Fauzi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan biodiesel B15 mesti dikeluarkan melalui 19 loji mulai 1 Jun ini juga, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, pengeluarannya penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MADA nafi lepas tangan, sentiasa peka masalah pesawah

MADA nafi lepas tangan, sentiasa peka masalah pesawah

Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi

Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi

Siasatan kes bayi maut di peringkat akhir sebelum rujuk IPK Perlis

Siasatan kes bayi maut di peringkat akhir sebelum rujuk IPK Perlis

HRPB realisasikan Sekolah Dalam Hospital, pastikan pendidikan pesakit kanak-kanak tidak terhenti

HRPB realisasikan Sekolah Dalam Hospital, pastikan pendidikan pesakit kanak-kanak tidak terhenti

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji