Hiasi premis, kediaman dengan Jalur Gemilang dan bendera Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru rakyat agar menghiasi premis dan kediaman dengan Jalur Gemilang serta bendera Pahang sebagai simbol kasih kepada tanah air.

Beliau berkata, ini kerana kedua-duanya bukan sekadar ‘kain berwarna’ tetapi helaian cerita dengan setiap warna dan jalur serta bintang membawa makna yang mengikat hati rakyat Malaysia.

“Saya menyeru marilah kita kibarkan Jalur Gemilang di setiap rumah, sekolah, pejabat, kedai serta di jalan utama.

“Biarlah dari hujung Kampung Raja di Cameron Highlands hingga ke Pulau Tioman, Jalur Gemilang dan bendera Pahang berkibar megah melambai menyampaikan mesej kasih kita kepada tanah air,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 Peringkat Pahang di Dataran Muadzam Shah, dekat Rompin, lewat petang semalam.

Beliau berkata sambutan Hari Kebangsaan yang mengangkat tema ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’ bukan sahaja indah dari segi bunyinya, tetapi juga mendalam dari segi makna.

Wan Rosdy berkata, tema itu mengingatkan kita kepada asas pembinaan negara yang memelihara rakyatnya dengan penuh kasih, menghormati perbezaan dan mengangkat nilai murni dalam pentadbiran.

Tambahnya lagi, bulan penuh sejarah ini harus digunakan bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan program yang membina, bukannya membakar emosi.

Related Posts

Pencari lokan hilang ditemukan maut disyaki dibaham buaya

LAHAD DATU – Hasrat seorang lelaki mencari lokan di sungai berhampiran Kampung Tulibas Baru, di sini, berakhir tragedi apabila dia ditemukan meninggal dunia dipercayai dibaham buaya, pada Jumaat. Mayat mangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi lemah magnitud 3.3 gegar Kuamut

KUAMUT – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 berlaku di Kuamut, Kinabatangan, Sabah pada pukul 5.32 pagi, hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Sabtu,  gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia gesa reformasi institusi kewangan antarabangsa, sistem perdagangan global

Malaysia gesa reformasi institusi kewangan antarabangsa, sistem perdagangan global

Pencari lokan hilang ditemukan maut disyaki dibaham buaya

  • By Fatin
  • September 26, 2026
Pencari lokan hilang ditemukan maut disyaki dibaham buaya

Gempa bumi lemah magnitud 3.3 gegar Kuamut

  • By Fandi
  • September 26, 2026
Gempa bumi lemah magnitud 3.3 gegar Kuamut

Kerajaan Persekutuan tidak campur urusan diraja Negeri Sembilan – Anwar

Kerajaan Persekutuan tidak campur urusan diraja Negeri Sembilan – Anwar

City bersalah 114 tuduhan dikemukakan EPL

City bersalah 114 tuduhan dikemukakan EPL

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar