Hujan bukan penghalang ribuan warga Papar sertai solidariti untuk Zara Qairina

PAPAR – Hujan renyai yang membasahi daerah Papar tidak menghalang kira-kira 5,000 warga Papar membanjiri pekarangan Benoni Commercial Centre, bagi menyatakan solidariti dan menuntut keadilan buat arwah adik Zara Qairina Mahathir.

Wakil Komuniti Anak Muda Papar merangkap penganjur, Azrul Ibrahim berkata, perhimpunan itu bertujuan menuntut agar siasatan disegerakan dan sekiranya terdapat salah laku oleh sesiapapun, ia perlu dibawa ke muka pengadilan.

“Alhamdulillah kita melihat kehadiran ramai warga Papar yang hadir menunjukkan solidariti untuk menegakkan keadilan dan kebenaran kisah di sebalik kematian arwah Zara Qairina yang kisahnya menjadi bualan hangat.

“Bukan sahaja di Sabah tapi seluruh negara dan juga tempiasnya turut diberikan perhatian oleh rakan-rakan kita di negara jiran Singapura, Indonesia dan juga Brunei,” katanya dalam sidang media semasa perhimpunan solidariti untuk Zara, di pekarangan Benoni Commercial Centre pada Sabtu.

Jelasnya, ini merupakan satu manifestasi bahawa bukan setakat solidariti tetapi keinginan rakyat untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kepada adik Zara.

Beliau turut mengingatkan seluruh warga Papar, termasuk mereka yang berada di luar daerah, supaya berhati-hati ketika menyatakan atau menyebarkan sebarang maklumat berkaitan kes tersebut.

“Kerana kita tahu melalui peristiwa kematian Zara di media-media sosial kita mendapati banyak cerita-cerita tidak benar dan berunsur fitnah,” jelasnya.

Katanya lagi, sekiranya perkara itu tidak dibendung ia boleh menjadi punca perpecahan dalam kalangan rakyat.

Sebagai rekod, perhimpunan yang berlangsung secara aman itu bermula kira-kira pukul 7 malam sehingga pukul 9.30 malam.

Turut hadir memberi sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar dan ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim.

Related Posts

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, hari ini mengesahkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) sudah memutuskan secara sebulat suara proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

ALOR SETAR – Pesawah di Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berdepan cabaran berganda apabila kedudukan takungan tiga empangan kini hanya 35.76 peratus, selain kebarangkalian fenomena El Nino meningkat menjelang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz –  Ismail

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

  • By Fatin
  • September 17, 2026
Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari

Rumah strata terbeban masalah lama, Selangor mahu tindakan pantas

Rumah strata terbeban masalah lama, Selangor mahu tindakan pantas