Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

PUTRAJAYA – Semua pihak diminta menghentikan segera sebarang polemik atau percubaan untuk mempolitikkan pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, pelantikan tersebut adalah mematuhi Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan dan mengikut tatakelola yang telah ditetapkan, tanpa sebarang campur tangan politik seperti yang cuba digambarkan oleh sesetengah pihak.

“Sebelum ini banyak spekulasi dan seolah-olah ada campur tangan dalam proses pelantikan namun terbukti bahawa tiada campur tangan daripada Perdana Menteri dalam hal ini dan beliau hanya menjalankan tanggungjawab seperti termaktub dalam Perlembagaan.

“Sehubungan itu, JKOM berharap semua pihak berhenti daripada membuat spekulasi yang tidak benar dan menghormati keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja- Raja.  Perkara itu sangat penting bagi memastikan institusi kehakiman negara kekal bebas dan terus terpelihara serta dihormati,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, tindakan penyebaran spekulasi dan maklumat tidak sahih itu akan menimbulkan panik serta pelbagai persepsi mengelirukan terhadap masyarakat awam.

Katanya, setiap pihak haruslah menghormati keputusan lantikan yang telah dibuat, berdasarkan prinsip Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara serta kedaulatan undang-undang.

“Ini bukan soal siapa dilantik. Kalau orang lain pun dilantik, tetap akan dipolitikkan perkara ini. Kita harus menghormati prinsip pemisahan kuasa dan tidak menggugat kepercayaan rakyat terhadap institusi kehakiman. Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah yang mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja juga bertitah agar semua pihak mengelak daripada membuat sebarang spekulasi.

“Titah Seri Paduka Baginda membuktikan bahawa proses pemisahan kuasa antara badan kehakiman (judisiari) dan badan eksekutif berjalan dengan sebaiknya dalam proses pelantikan tersebut. Jadi, isu ini tidak perlu berbangkit lagi dan dijadikan spekulasi.

“Apa yang penting, proses baharu itu telah diikuti, prosesnya jelas nama calon dikemukakan oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC )kepada Perdana Menteri, kemudian dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dirunding serta diputuskan bersama Majlis Raja-Raja. Tidak timbul soal Perdana Menteri memilih calon” katanya.

Dalam pada itu, Ismail menegaskan bahawa negara kini berada dalam fasa pemulihan ekonomi dan tidak wajar sebarang isu yang bersifat sentimen terus dibangkitkan hingga mengganggu kestabilan politik dan keyakinan pelabur.

“Kita perlu ke hadapan. Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang giat memperkukuh ekonomi, menjaga kebajikan rakyat dan memulihkan keyakinan pelabur luar. Jangan kita rosakkan momentum ini dengan polemik yang tidak berfaedah kerana akan menjejaskan proses yang sedang dilakukan.

“Majlis Peguam juga telah menyatakan penghargaan dan menyokong pelantikan tersebut. Mereka berpuas hati dengan proses, kalau tidak mesti mereka akan mengambil pendekatan berbeza,” katanya.

Pada Khamis, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diumumkan sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan yang baharu, menggantikan penyandang terdahulu, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang telah bersara wajib.

Pelantikan beliau diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, selepas menerima nasihat Perdana Menteri dan hasil rundingan bersama Majlis Raja-Raja, menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Majlis angkat sumpah dan penyerahan watikah pelantikan akan diadakan pada 28 Julai di Istana Negara, di hadapan Sultan Ibrahim.

Related Posts

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

KUALA LUMPUR – Masyarakat dinasihatkan supaya mengamalkan prinsip tabayyun atau menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi sesuatu berita bagi mengelakkan penularan maklumat palsu yang boleh menjejaskan keharmonian serta kestabilan negara. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei