Hanya rujuk persoalan undang-undang, bukan mohon kekebalan daripada disaman

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah memohon kekebalan atau imuniti daripada tindakan saman, sebaliknya hanya merujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan bagi diputuskan.

Anwar memaklumkan, permohonannya hanyalah bagi mendapatkan penjelasan sama ada tindakan saman yang tidak berasas munasabah (frivolous), tindakan menindas pihak lawan tanpa niat sebenar untuk mendapatkan keadilan (vexatious) atau salah guna proses mahkamah perlu diterima dalam semua kes, termasuk kes sivil.

“Yang dimohon ialah bertanya keputusan mahkamah, apakah mungkin sesiapa saja boleh buat serangan kepada Perdana Menteri, secara frivolous dan vexatious yang mengganggu perjalanan kerja kita?

“Terserah kepada mahkamah. Mahkamah yang buat keputusan, bukan Perdana Menteri. Keputusan itu keputusan mahkamah,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen (PH) Rasah, Cha Kee Chin pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Jun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Anwar bagi merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan, antaranya sama ada Perdana Menteri mempunyai imuniti daripada tindakan saman.

Beliau memohon Mahkamah Persekutuan menjawab persoalan, termasuk sama ada mengikut Perkara 39, 40 dan 43 Perlembagaan Persekutuan, seorang perdana menteri yang sedang memegang jawatan menikmati kekebalan terhad daripada tindakan saman berhubung dakwaan perlakuan peribadi berlaku sebelum pelantikan beliau.

Mahkamah juga dimohon menjawab persoalan sama ada tindakan saman akan menjejaskan keupayaan Perdana Menteri menjalankan tugas eksekutif dan melemahkan prinsip pengasingan kuasa yang termaktub dalam perlembagaan.

Selain itu, memutuskan sama ada prosiding saman akan melanggar hak Perdana Menteri untuk dilayan sama rata di sisi undang-undang seperti diperuntukkan dalam Perkara 8(1) Perlembagaan, terutama apabila tindakan itu satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Presiden PKR itu turut memohon Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi wajib menjalankan siasatan untuk menentukan sama ada saman itu penyalahgunaan proses atau ancaman kepada kepentingan awam, dan jika ya, sama ada ia perlu digantung atau dibatalkan ‘demi mengekalkan tadbir urus berperlembagaan’.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat