Hajiji seru lebih ramai petani ceburi penanaman koko


KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru lebih ramai petani menceburi bidang penanaman koko sekaligus memperluaskan lagi 3,000 hektar tanah yang sudah diusahakan di Sabah.

Beliau berkata produk koko Malaysia mendapat permintaan yang tinggi di peringkat antarabangsa.

“Terdapat peningkatan permintaan antarabangsa bagi produk koko Malaysia.

“Nilai eksport mencapai rekod RM15.06 bilion tahun lalu, tiga kali ganda berbanding tahun 2023,” katanya dalam ucapan perasmian pada Majlis Makan Malam Gala Koko yang diadakan sempena dengan Pesta Koko Antarabangsa Malaysia (MICF 2025) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Isnin.

Teks ucapan dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan.

Hajiji berkata, beliau berbangga kerana Sabah memainkan peranan penting dalam kejayaan itu dengan menyumbang lebih 60 peratus daripada pengeluaran koko negara.

“Saya gembira bahawa kira-kira 3,000 petani koko di daerah Ranau, Tenom, Kota Marudu, Keningau dan Kuamut telah mendapat manfaat.

“Ini adalah satu acara penting bagi Sabah dan mencerminkan peranan besar negeri dalam industri koko Malaysia,” ujarnya.

Tambahnya, MICF 2025 diharapkan dapat membawa manfaat yang berkekalan, dari perkongsian dan pelaburan baharu kepada peningkatan kesedaran global mengenai kekuatan Sabah, bukan sahaja sebagai negeri pengeluar koko utama di Malaysia, tetapi juga sebagai destinasi untuk perniagaan, pelancongan dan kebudayaan.

Related Posts

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

KUANTAN – Pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut bukan hanya mengancam nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah, malah memberi bebanan ekonomi kepada waris mangsa. Tindakan memandu dalam keadaan mabuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

RANAU – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Timbua sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda