PRN17 Sabah: DAP Sabah pertahan enam kerusi, sasar tambah kerusi

KOTA KINABALU – Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah mahu mempertahankan enam kerusi sedia ada yang dimiliki parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu dan menyasarkan tambahan kemenangan sekurang-kurangnya dua lagi kerusi dalam PRN ke-17 (PRN17) Sabah.

Timbalan Pengerusi DAP Sabah merangkap Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin berkata, fokus utama parti adalah untuk memastikan kerusi yang telah dimenangi sebelum ini kekal.

“Minimum enam mesti dipertahankan dan kami menyasarkan tambahan dua kerusi lagi.

“Saya berharap menang lapan kerusi keseluruhannya,” katanya semasa ditemui media selepas Malaysian International Cocoa Festival (MICF) 2025, di Pusat Convention Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu pada Isnin.

Dalam pada itu, Chan menjelaskan bahawa keputusan rasmi berhubung agihan kerusi hanya akan dimuktamadkan selepas semua gabungan mencapai kata sepakat kemungkinan menjelang suku ketiga atau keempat tahun ini.

“Proses ini rumit dan mungkin mengambil masa lebih lama berbanding PRN Sabah yang lalu.

“Kita mahu elak keputusan tergesa-gesa tanpa asas kukuh,” ujarnya

Sehubungan itu, beliau menyatakan bahawa DAP Sabah menghormati pendirian Parti Warisan yang memilih untuk bertanding secara solo walaupun di peringkat persekutuan sebahagian dalam kompenan Kerajaan Perpaduan.

Tambahnya, memetik kenyataan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyatakan hasrat bertanding di sekurang-kurangnya 13 kerusi.

“Ini adalah wajar dalam rangka dalaman Pakatan Harapan, namun perlu dibincangkan terlebih dahulu sebelum dibawa ke meja rundingan antara gabungan.

“Kita hormati kenyataan seperti Nurul Izzah yang mewakili pendirian PKR, tetapi ia masih perlu melalui proses perbincangan menyeluruh.

“Tiada pengumuman dari satu pihak yang boleh dianggap muktamad,” ujarnya.

Related Posts

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

KUANTAN – Pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut bukan hanya mengancam nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah, malah memberi bebanan ekonomi kepada waris mangsa. Tindakan memandu dalam keadaan mabuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

RANAU – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Timbua sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda