Gula ibu segala penyakit

BARU-BARU ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengisytiharkan ‘perang’ ke atas gula.

Usaha ‘perang’ ini merupakan langkah kerajaan untuk mengurangkan penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kalangan rakyat di negara ini.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, pendekatan ini dilakukan dengan penggredan minuman mengikut kandungan gula.

Difahamkan pada 2023, KKM merangka satu Pelan Advokasi Mengurangkan Gula dan pelbagai inisiatif dirancang bagi memastikan mesej berkaitan gula dan kesannya terhadap kesihatan dapat disebarkan secara meluas.

Matlamat KKM juga mahu meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia dan seterusnya mengawal pengambilan gula harian mereka.

“Di negara jiran seperti Singapura label pemakanan wajib yang dipanggil ‘Nutri-Grade’ mengkelaskan minuman mengikut kandungan gulanya.

Namun langkah ini sering kali menjadi sindiran oleh warganet yang menganggap langkah kerajaan untuk membebankan rakyat.

Sehingga ada pihak yang mengambil kesempatan menuduh kerajaan bertindak zalim kepada rakyat.

Padahal, langkah tersebut merupakan langkah yang meningkatkan taraf hidup kesihatan rakyat sesuai dengan visi dan misi Malaysia Madani.

Bagi penulis, langkah memerangi gula merupakan langkah yang sangat tepat pada masanya dan sesuai dengan visi Malaysia Madani.

Nilai Kesejahteraan yang terdapat dalam teras Malaysia Madani bukan hanya menerapkan kesejahteraan ekonomi, sosial dan kelestarian alam melalui budaya ilmu dan kepelbagaian pandangan tetapi menjadikan kehidupan yang bermakna dengan tahap kesihatan yang lebih baik.

Kadar obesiti sangat membimbangkan

Selain itu, kadar obesiti di Malaysia sangat membimbang sehingga mencapai 15.6 peratus.

Menurut fakta yang dikeluarkan oleh The World Factbook – Central Intellange Agencie dari 2016 hingga 2024, Malaysia merupakan negara kedua di Asia Tenggara dengan mengalami masalah berat badan.

Punca ini berlaku disebabkan kadar pemakanan yang kurang sihat termasuk penggunaan gula putih yang sangat tinggi.

Namun, pada zaman nenek moyang kita sehingga ibu bapa, obesiti bukanlah masalah yang besar seperti yang dialami oleh masyarakat pada hari ini.

Kita juga melihat betapa ramai anak muda terutama generasi Z begitu ketagih makan makanan proses seperti burger, kentang goreng, mi segera dan sosej.

Padahal, penyumbang utama masalah obesiti dan kanser berpunca daripada makanan proses dan penggunaan gula yang sangat tinggi.

Menurut pakar kesihatan Dr Norman Norawi, pengambilan gula berlebihan antara penyumbang masalah gaout dan penyakit jantung koronari.

Kajian ini turut disahkan dalam Archive of Internal Medicine dan Diabetologia.

Selain itu, kajian juga menunjukkan pengambilan gula berlebihan terutama minuman manis bergula dan tinggi dengan fruktosa berisiko meningkatkan penyakit gout kepada lelaki.

Pergiatkan kempen perangi gula

Oleh itu, saranan KKM dengan melancarkan ‘perang’ ke atas gula sangat tepat dan mungkin langkah seterusnya seperti membuat kempen betapa bahayanya gula putih perlu dipergiatkan lagi.

Langkah ini perlu diperhebatkan agar masyarakat di Malaysia sedar akan betapa bahayanya gula.

Jangan lupa juga pengamalan makanan proses yang berisiko membahayakan kesihatan juga perlu dilakukan melalui kempen kesedaran.

Peranan media juga perlu dilakukan agar dapat menyedarkan masyarakat betapa bahayanya gula kepada kesihatan.

Ingatlah, masyarakat mempunyai aras pemikiran yang tinggi dan maju bermula daripada kesihatan yang baik serta mempunyai fizikal yang sihat.

Slogan ‘badan cergas, otak cerdas’ bukanlah sekadar retorik tetapi amalan gaya hidup yang sihat dapat melahirkan masyarakat yang pintar sekali gus menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara.

Related Posts

Jika bukan Anwar, maka siapa?

DALAM politik, mengkritik sentiasa mudah. Terlalu mudah. Setiap hari kita melihat suara-suara yang mempersoalkan kepimpinan, mengkritik dasar, dan mempertikaikan keputusan kerajaan. Namun di sebalik semua kritikan itu, satu soalan besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16