Gerakan Kita Gempur banteras manipulasi, ketirisan

KOTA KINABALU – Inisiatif Kita Gempur langkah strategik kerajaan untuk membina gerakan massa bagi menangani isu manipulasi dalam aktiviti perniagaan dan ketirisan yang melibatkan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi.

Gerakan Membanteras Manipulasi dan Ketirisan (Gempur) inisiatif terbaharu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah di Pekarangan Kompleks Sukan Likas, di sini, pada Sabtu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, dalam usaha menggerakkan agenda di bawah inisiatif ini, gerakan Kita Gempur menyasarkan kepada keterlibatan massa dan kebersamaan pelbagai pemegang taruh meliputi (K) agensi Kerajaan, (I) pemain Industri, (T) pematuhan Tatakelola dan (A) partisipasi Awam.

“Ini termasuk usaha mengekang penipuan perniagaan dalam talian (e-dagang), membanteras monopoli bermasalah dan kewujudan kartel dalam bentuk pakatan harga, pasaran, pengeluaran serta tipuan bida.

“Selain memperkasa aspek penguatkuasaan, gerakan ini juga akan memberikan fokus kepada advokasi kepenggunaan dan advokasi Berniaga Patuh Kod Etika dan Perundangan (Biz-Berkat).

“Melalui sinergi yang diwujudkan, ia akan mengukuhkan kerjasama antara rakan strategik dengan penguat kuasa KPDN agar satu sistem pengawasan dan pelaporan yang lebih bersepadu dapat dilaksanakan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut menjelaskan menerusi gerakan tersebut, KPDN telah mewujudkan platform pelaporan khusus bagi memudahkan orang awam membuat laporan.

“Platform pelaporan yang disediakan oleh pihak KPDN boleh diakses menerusi imbasan kod QR (Quick Response) yang menyediakan beberapa saluran rasmi bagi mengemukakan aduan kepada KPDN, iaitu melalui WhatsApp – 019-848 8000, talian hotline yang beroperasi 24 jam – 03 8882 6088 / 6245, dan saluran aduan #HapusKartel yang dikendalikan oleh MyCC – https://www.mycc.gov.my/e-aduan.

“Sebagai langkah memaksimumkan penglibatan awam, KPDN akan memilih beberapa tempat seperti pasar raya, premis perniagaan, dan stesen minyak seluruh Malaysia yang akan dijadikan sebagai titik tumpuan pelaporan aduan,” jelas beliau.

Tambah Armizan, kod QR Kita Gempur akan dilekatkan di lokasi-lokasi terbabit sebagai langkah untuk memudahkan penglibatan awam untuk melaporkan sebarang kes salah laku secara terus, mudah dan pantas.

Katanya, kewujudan lokasi titik tumpuan ini akan memastikan setiap aduan yang disampaikan dapat disalurkan melalui platform yang tepat, sekali gus memudahkan proses penyelesaian dan meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan melalui KPDN beriltizam untuk melibatkan seluruh rakyat dalam memastikan usaha membanteras manipulasi dan ketirisan barangan kawalan dapat ditangani dengan adanya gerakan tersebut.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran