Gencatan senjata Israel-Hizbullah mulai hari ini

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah di Lubnan berkuat kuasa hari ini.

Persetujuan itu dicapai selepas kedua-dua pihak menerima perjanjian dengan AS dan Perancis sebagai pengantara.

Biden berkata, pertempuran di sempadan Israel-Lubnan akan berakhir pada jam 4 pagi waktu tempatan.

Katanya, perjanjian itu membuka jalan untuk menamatkan konflik meragut ribuan nyawa sejak tercetus perang di Gaza tahun lalu.

“Ini direncanakan sebagai titik noktah permusuhan secara kekal.

“Kumpulan Hizbullah dan organisasi lain tidak akan dibenarkan lagi mengancam keselamatan Israel,” katanya dalam ucapan di Rumah Putih.

Pada masa sama, Biden berkata, Israel juga akan mengundurkan angkatan tenteranya secara berperingkat dalam tempoh 60 hari, manakala tentera Lubnan akan mengambil alih kawalan kawasan berhampiran sempadannya dengan Israel untuk memastikan Hizbullah tidak membina semula infrastruktur di situ.

“Orang awam di kedua-dua pihak akan dapat kembali ke komuniti mereka dengan selamat dalam kadar segera,” katanya.

Sementara itu, Menteri Luar Lubnan, Abdallah Bou Habib berkata, tentera negara itu bersedia untuk menempatkan sekurang-kurangnya 5,000 anggota di selatan Lubnan apabila tentera Israel berundur.

Related Posts

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

WASHINGTON – Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan mengarahkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya berundur dari Jerman, menjelang tahun depan. Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth selepas Presiden AS,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Moscow akan lakukan ‘segala termampu’ demi keamanan Asia Barat

SAINT PETERSBURG – Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan, Moscow akan melakukan ‘segala yang termampu’ bagi memastikan keamanan di Asia Barat dalam pertemuan bersama Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, semalam. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat