Gelombang Kerajaan Perpaduan mampu tawan semula ‘Darul Umum’

ALOR SETAR – Kejayaan besar Kerajaan Perpaduan pada pilihan raya kecil di DUN Mahkota dan Nenggiri sudah memberi petanda bahawa rakyat sudah senang dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerjasama PH dan BN sudah mula menampakkan kejayaan dan tidak hairanlah segala formula yang diguna pada kedua-dua pilihan raya kecil itu dapat digunakan pada PRU ke-16 nanti.

Menurut Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ariffin Man, kejayaan di dua DUN itu baru-baru ini sudah memberi semangat kepada Kerajaan Perpaduan untuk terus mencapai kejayaan.

Katanya, kebijaksanaan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam menyusun strategi cukup memberi kesan kepada jentera pilihan raya Perpaduan hingga mampu memenanginya dengan majoriti 20,648 undi.

“Di sini ingin saya katakan bahawa gelombang Kerajaan Perpaduan kini mampu melemahkan gelombang hijau yang sebelum ini membawa kemenangan kepada PN pada PRU lalu. Pakatan Harapan Kedah akan belajar segala strategi yang dilakukan di DUN Mahkota akan dibawa ke Kedah pada pilihan raya nanti.

“Gerak kerja media sosial sangat berperanan menentukan kejayaan. Pada PRU kali ini golongan pada umur dari 18 hingga 40 tahun ke bawah perlu diberi perhtian. Bagaimanapun pengundi di atas umur 45 turut juga memainkan peranan dalam menentukan kejayaan pada PRU nanti,” katanya.

Menurut Ariffin, persefahaman UMNO dan DAP tidak perlu dipertikaikan lagi dalam kerjasama bagi nenentukan kejayaan. Ini terbukti pada DUN Mahkota apabila pengundi Cina turut memberi sokongan kepada BN untuk meraih kejayaan.

“Walaupun kami tiada sebarang perjanjian tetapi kami ada persefahaman. Persepakatan inilah yang menyebabkan PN mula rasa cemburu dan takut hingga sanggup melaga-lagakan supaya berpecah belah.

“Oleh itu PN tidak jemu memainkan isu perkauman supaya pengundi terutama Melayu memberi undi mereka kepada PN pada pilihan raya pada masa ini. Berani saya katakan fakta yang paling penting ‘Formula Perpaduan’ merupakan kejayaan kami pada hari ini dan saya memberi amaran PH Kedah juga akan mengguna pakai formula ini pada PRU nanti bagi merampas Kedah dari PN,” ujarnya.

Jelasnya lagi, pada PRK di Mahkota lalu PN sudah kehabisan modal untuk berkempen dan terkial-kial mencari isu bagi menarik pengundi. Isu retorik yang dimainkan pada masa kempen sudah tidak lagi ‘berbisa’ untuk merancuni pemikiran pengundi.

Katanya, pengundi kini sudah mulai bijak memilih parti yang boleh membawa negara ke arah kemakmuran dan bukannya diselimuti dengan kemunduran.

“Kejayaan PMX berjaya membawa pelabur luar masuk ke dalam negara dapat dilihat oleh rakyat dan bukannya hanya sekadar berbicara sahaja. Kekukuhan mata wang sejak akhir-akhir ini sudah cukup terbukti kepimpinan PMX adalah lebih baik daripada kepimpinan PN pada masa lalu.

“Kejayaan PMX berjaya menarik minat pengundi dari kalangan anggota beruniform dan penjawat awam merupakan kejayaan besar dalam Kerajaan Madani pada hari ini. Mereka mulai sedar dan dapat membandingkan dengan kepimpinan sebelum ini hingga mmenyebabkan ekonomi negara kita terus merosot,” katanya.

Ariffin berkata, kejayaan di Mahkota baru-baru ini seolah-olah memberi amaran bahawa gelombang Kerajaan Perpaduan mampu membawa kejayaan di Kedah nanti.

Menurutnya, kegagalan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membawa sebarang pembangunan menyebabkan rakyat Kedah mula bangkit dan sedar mereka tertipu pada PRU lalu.

“Saya tidak nafikan Sanusi bijak mempengaruhi rakyat Kedah dengan hanya bermain sejarah sahaja bagi menaikkan semangat kenegerian. Laungannya menuntut Pulau Pinang supaya dikembalikan kepada Kedah semula dan menyekat bekalan air ke Pulau Pinang itulah modal murahnya bagi menarik anak muda supaya menyokongnya.

“Bagaimanapun mereka perlu sedar bahawa setiap usulnya itu sudah termaktub dalam undang-undang sejak dahulu lagi. Kita jangan menjadi buta sejarah hingga menyokong tanpa sebarang fakta atau kenyataan,” katanya.

Menurutnya, Sanusi hanya banyak mengumumkan setiap projek yang dilaksanakan di Kedah. Bagaimanapun semuanya hanya tinggal mimpi saja bagi rakyat negeri Jelapang Padi itu.

“Setiap pengumumannya itu hanya syok sendiri atau pun gula-gula sahaja sedangkan hari ni tiada sebarang pembangunan untuk rakyat Kedah dapat melihatnya.

“Malah Kedah kini lebih dikenali dengan nama ‘Kedah Darul Umum’ berbanding dahulu Kedah Darul Aman.

“Oleh itu saya menyeru rakyat Kedah bangkitlah dan pilihlah Kerajaan Perpaduan pada PRU nanti supaya Kedah Darul Umum ditukarkan semula kepada Kedah Darul Aman dan makmur,” katanya.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM