Gelar DAP ‘kafir harbi’, Pas semakin rancak tunggang agama

GUA MUSANG – Keengganan Perikatan Nasional (PN), khususnya Pas memohon maaf berhubung dakwaan ahlinya menggelar DAP sebagai ‘kafir harbi’ membuktikan parti itu menggunakan agama sebagai tunggangan untuk mencapai hasrat politik.

Pengerusi DAP Kelantan, Datuk Azaha Abdul Rani ketika dihubungi kecewa dengan kenyataan daripada ahli Pas, apatah lagi majoriti akar umbi DAP Kelantan di kalangan masyarakat Melayu.

Sehubungan itu, beliau berkata, timbul persoalan adakah strategi ‘mundur’ Pas itu menjadikan agama boleh dipermainkan sesuka hati semasa pilihan raya bagi meraih hati pengundi.

“Kempenlah secara berhemah, bukan asyik bermain dengan sentimen agama. Ini bukan caranya, lagipun, orang Islam sendiri pun tidak suka dengan tindakan sebegitu.

“Kita sebagai individu, bebas untuk menyertai mana-mana parti namun jangan samakan parti dengan agama, ia perkara berbeza kerana agama Islam adalah agama yang saya anuti dan tetap saya junjung,” katanya, hari ini.

Terdahulu, DAP menggesa individu yang mengeluarkan kenyataan parti itu ‘kafir harbi di Malaysia’ pada satu program ceramah PN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri supaya memohon maaf.

Tuntutan itu dibuat menerusi kenyataan bersama Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali, Syahredzan Johan dan Young Syefura Othman, dengan individu terbabit dipercayai menjadi pengerusi pada majlis berkenaan.

Pengarah Operasi PN bagi PRK DUN Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa berkata, tiada keperluan untuk Pas memohon maaf kepada DAP kerana perkara itu dibuat atas kapasiti peribadi, bukan pendirian parti.

Beliau berkata, partinya juga sudah merehatkan sementara individu itu selama tiga hari dari pentas ceramah pada kempen PRK berkenaan bagi ‘menyejukkan’ keadaan.

Dalam pada itu, Azaha berkata, kenyataan biadap pengacara majlis yang juga ahli Pas itu mendakwa DAP sebagai ‘kafir harbi’ wajar dikenakan tindakan tegas kerana menyentuh isu 3R iaitu raja, agama dan kaum.

Jelasnya, ini menujukkan ramai di kalangan pemimpin dah ahli Pas semakin berani mengeluarkan kenyataan sensitif berhubung 3R yang jika tidak dibendung akan mencetuskan perbalahan serta keharmonian dalam kalangan masyarakat.

“Apakah mereka tidak sedar dalam PN juga ada Gerakan yang ratanya berbangsa Cina. Dalam Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) juga ada bangsa lain, tidak pula mereka kata itu kepada ahli mereka sendiri.

“Apakah kerana undi yang mereka perlukan hingga memanggil kafir harbi kepada sesuatu golongan tententu sahaja tapi tidak golongan mereka sendiri. Adakah ia hanya terletak kepada parti selain Pas dan PN,” katanya.

Related Posts

Jangan cipta naratif ‘zero sum game’, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI lebih lantang dan berani dalam usaha memperkasakan agenda Bumiputera dan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan golongan itu seperti yang didakwa sesetengah pihak. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng

100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng

BKJ Fasa 4: Johor agih RM170 juta kepada 600,000 penerima

BKJ Fasa 4: Johor agih RM170 juta kepada 600,000 penerima

KPK komited perkasa industri lada, sasar lonjak produktiviti dan pasaran global

KPK komited perkasa industri lada, sasar lonjak produktiviti dan pasaran global

MyGAP diperluas, jamin makanan selamat dan tingkat hasil tempatan

MyGAP diperluas, jamin makanan selamat dan tingkat hasil tempatan

Empat projek infrastruktur utama dipantau, naik taraf Jalan Lok Kawi bermula segera

  • By Ynom
  • May 4, 2026
Empat projek infrastruktur utama dipantau, naik taraf Jalan Lok Kawi bermula segera