Gambar tular bukan kes Mpox, itu kes cedera peluru tabur

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan bahawa kes jangkitan penyakit cacar monyet atau Mpox kini merebak di Singapura seperti yang tular di aplikasi WhatsApp.

KKM menerusi kenyataan di Facebook menegaskan, gambar tersebut sebenarnya bukanlah penyakit Mpox, namun adalah kecederaan berkaitan peluru tabur yang berlaku di luar negara pada 2022.

“Imej yang ditularkan bukan imej kes Mpox, tetapi imej mangsa kecederaan peluru tabur dalam artikel berita daripada satu laman sesawang luar negara pada 17 September 2022.

“Usah terpedaya dengan mesej yang disampaikan. Elakkan juga daripada berkongsi mesej ini kepada ahli keluarga atau ‘groupchat’ yang lain,” kata KKM menerusi kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, KKM menyeru orang ramai merujuk sumber rasmi kementerian melalui platform media sosial KKM iaitu Facebook, Instagram ataupun aplikasi X.

Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni memaklumkan kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan program vaksinasi bagi penyakit cacar monyet atau Mpox untuk rakyat negara ini.

Beliau berkata, setakat ini tiada perbincangan dibuat mengenai perkara itu, namun kajian secara mendalam perlu dibuat terlebih dahulu sekiranya terdapat keperluan untuk melaksanakannya.

Kata Lukanisman, setakat ini tiada kes jangkitan baharu direkodkan dalam negara, namun pihaknya sentiasa memantau rapat perkembangan kes itu dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi dari semasa ke semasa.

Selain itu, beliau menjelaskan, buat masa ini tiada halangan kepada rakyat negara ini untuk ke luar negara, tetapi perlu sentiasa berwaspada dengan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengelakkan sebarang jangkitan.

Pada masa sama, Lukanisman berkata, kerajaan ketika ini sedang melaksanakan kawalan ketat di pintu masuk negara serta sempadan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap kemasukan pengembara dari luar.

Related Posts

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

CYBERJAYA – Satu daripada tujuh kapal Malaysia yang membawa bahan api mengalami kerosakan dan tidak dapat berlepas dari pelabuhan di Selat Hormuz. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

CYBERJAYA – Kerajaan kemungkinan akan melaksanakan pemotongan gaji terhadap menteri sekiranya keadaan ekonomi negara menjadi lebih teruk dan runcing. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, buat masa ini, gaji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil