Gabungan BN-Amanah mampu menang PRK Mahkota – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Dr Ibrahim Ali berpendapat Barisan Nasional (BN) berpotensi menang mudah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Ibrahim berkata, BN diramalkan mampu berjaya dengan sokongan pengundi daripada Parti Amanah Negara (Amanah) yang turut mendapat undian besar ketika Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) di Johor.

“Kalau tengok kepada keputusan Pilihan Raya ke 15 (PRU15) negeri Johor dan pecahan undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, pada logiknya, BN akan menang mudah.

“Sebab jumlah undi Amanah mewakili Pakatan Harapan (PH) ketika bertanding mendapat undi yang besar.

“Jadi kalau UMNO bergabung dengan PH dan dua blok ini bergabung akan membawa kemenangan,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press di Ibu Pejabat Putra, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kiraan itu diambil segi jumlah undian PRU15 tetapi sukar dijangka seperti kekalahan di Sungai Bakap meskipun taburan pengundi di bandar dan PH-BN perlu mengambil langkah berjaga-jaga dalam merangka strategi bagi PRK DUN Mahkota akan datang.

“Itu dari segi logik, dari segi jumlah undi PRU15, tapi tak tahulah sebab sekarang ini, pengundi itu di bandar boleh jadi macam Sungai Bakap (kalah).

“Kita tak terfikir bahawa boleh kalah begitu juga di Johor. Jika dilihat pada undi asal maknanya BN boleh menang dengan mudah,” katanya.

Pada 4 Ogos, Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan mesyuarat khas itu diadakan selepas SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mengenai kekosongan luar jangka kerusi DUN Mahkota berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos.

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah, 63, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Pada Pilihan Raya Negeri Johor Mac 2022, Sharifah Azizah yang juga calon Barisan Nasional menang kerusi DUN Mahkota dengan majoriti 5,166 undi.

Related Posts

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

KONSENSUS MADANI bukan sekadar konsep politik semasa, sebaliknya merupakan satu agenda besar untuk membangunkan Malaysia yang lebih adil dan inklusif, demikian tegas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

PUTRAJAYA – Semua pihak diminta menghentikan segera sebarang polemik atau percubaan untuk mempolitikkan pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM