Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

KANGAR – Inisiatif Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) membuka Tabika Tunas Istimewa (TTI) di Perlis dilihat berpotensi mengubah landskap pendidikan khas luar bandar menerusi model kos rendah yang lebih inklusif.

Pengarah KEMAS Perlis, Mohamad Zaki Ismail berkata, pelaksanaan TTI membuka ruang kepada lebih ramai kanak-kanak autisme mendapatkan pendidikan awal tanpa dibebani kos tinggi.

Katanya, kadar yuran hanya RM100 sebulan membolehkan keluarga daripada pelbagai latar belakang menghantar anak ke kelas pendidikan khas yang sebelum ini sukar diakses.

“Bermula awal Januari lalu, sebanyak 19 kelas TTI telah beroperasi di seluruh negara termasuk di Perlis bagi memperluas akses pendidikan awal kepada kanak-kanak berkeperluan khas.

“Di Perlis, kelas pertama memulakan operasi di Kuala Perlis dengan memberi tumpuan kepada kanak-kanak autisme kategori ringan berusia 5 dan 6 tahun,” katanya.

Menurutnya, pendekatan digunakan adalah selari dengan silibus Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan penekanan terhadap perkembangan sosial dan kemahiran asas.

Beliau berkata, kelas tersebut kini menempatkan lapan murid dengan nisbah seorang guru bagi setiap tujuh pelajar bagi memastikan tumpuan pembelajaran lebih efektif.

“Kuota maksimum adalah 14 murid bagi setiap kelas dan dikendalikan guru terlatih yang telah mengikuti kursus khas sejak tahun lalu.

“Melihat kepada sambutan menggalakkan, KEMAS Perlis merancang memperluaskan kemudahan ini ke Arau pada tahun depan dan Padang Besar menjelang 2028,” katanya.

Sementara itu, pelaksanaan model pendidikan kos rendah ini turut memberi kelegaan kepada waris yang sebelum ini berdepan kekangan mendapatkan pusat pendidikan khas pada kos mampu milik.

Seorang waris, Noor Anita Mohd Rodzi, 60, berkata, kewujudan TTI memberi peluang kepada cucunya mendapatkan pendidikan yang sesuai tanpa perlu bergantung kepada pusat swasta yang menelan kos tinggi.

Katanya, perkembangan positif cucunya dalam tempoh singkat membuktikan pendekatan pendidikan awal yang tersusun mampu membantu meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak autisme.

“Pusat seperti ini sangat diperlukan dan wajar diperluaskan agar lebih ramai kanak-kanak mendapat manfaat,” katanya.

Foto: Harian Metro

Related Posts

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

MIRI – Tanjung Lobang Lighthouse berpotensi diperkasakan sebagai salah satu tapak warisan sejarah penting di bandar raya Miri susulan lawatan tapak yang diadakan baru-baru ini bagi meninjau usaha penambahbaikan kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi