Cubaan 3 PATI melolos sempadan berjaya digagalkan

TEBEDU – Tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya diusir selepas cuba melolos sempadan negara di Sektor Pos Gabungan Malaysia Indonesia (GAMBA) Biawak.

Menurut kenyataan rasmi Markas 1 Divisyen, operasi tersebut berjaya dilaksanakan oleh unit formasi Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen).

“Pada 15 Ogos, seramai tiga PATI diusir keluar pada 1.45 petang berhampiran di sektor pos GAMBA Biawak,” kata kenyataan itu.

Selain itu, tangkapan tersebut dilakukan berhampiran di sektor Pos Indonesia.

Hasil daripada penahanan tiga PATI itu, tiada barang terlarang atau berbahaya dijumpai.

Difahamkan tiga PATI itu berusia dalam lingkungan 36 tahun hingga 48 tahun membawa barang yang bernilai RM2,715.

Antara barang rampasan tersebut ialah wang tunai, telefon bimbit, dompet dan beg.

Selain itu, satu kotak daging jenama Alana, 528 bungkus gula putih jenama Gulai Prai dan 63 kampit beras Super White Rice turut dirampas dengan nilai RM3,358.90.

Tiga PATI tersebut berjaya diusir ke sempadan negara dan laporan polis sudah pun dibuat di Balai Polis Tebedu untuk mengikuti proses semasa.

Manakala, barang rampasan tersebut diserahkan kepada Jabatan Kastam untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Datuk Mohamed Fauzi bin Kamis mengucapkan tahniah kepada semua anggota terlibat dalam operasi tersebut.

“Sejak Januari hingga kini, sebanyak 23 kali pengusiran seramai 168 PATI direkodkan pada 2024,” tambah kenyataan itu lagi.

Tentera Darat Malaysia (TDM) terus komited memperketatkan sempadan negara bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.

Related Posts

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

KANGAR – Tindakan pantas polis dalam satu operasi di Jalan KTMB, Padang Besar pada Isnin lalu berjaya menggagalkan penyeludupan dadah jenis syabu seberat 98.73 kilogram bernilai RM4.9 juta yang dipercayai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

SARATOK – Padah memiliki dadah, seorang lelaki tempatan ditahan Pasukan Tindakan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dalam serbuan di tepi jalan kawasan itu, pada Khamis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026