KOTA BHARU – Mahkamah Sesyen, di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang ahli perniagaan kopi kurus Kuffee kerana gagal hadir ke mahkamah untuk melunaskan hutang hampir RM50,000.
Defendan, Wan Raliza Iluni Wan Ramli merupakan pengasas Kuffee sebelum ini telah diperintah Mahkamah Sesyen untuk membayar sejumlah wang hampir RM50,000 kepada plaintif, Abdul Rahman Mat Ali berkaitan tunggakan sewaan premis perniagaan.
Susulan itu, Mahkamah Sesyen Kota Bharu bagaimanapun mengeluarkan waran tangkap terhadap defenden terbabit supaya hadir ke mahkamah untuk perbicaraan.
Namun dia sekali lagi gagal melalukan tindakan menghadirkan diri ke mahkamah sehingga jam 4.30 petang semalam.
Justeru, waran tangkap terhadap Raliza akan berjalan sehingga 24 Oktober ini.
Raliza tidak diwakili peguam, manakala pemohon diwakili peguam Syukran Noordin.

Sementara itu Syukran memaklumkan pihaknya bersama anak guamnya akan menunggu arahan seterusnya daripada mahkamah untuk tindakan lanjut.
“Semalam bailiff dari mahkamah juga telah pergi ke kediaman Raliza bagaimanapun defendan gagal dijejaki dan tiada siapa di rumah,” katanya.





