G57 desak keadilan penuh dalam kes kematian pelajar akibat buli di Sabah

KOTA KINABALU – Gerakan Kuasa Rakyat Sabah (G57) menyuarakan rasa dukacita dan kebimbangan terhadap kematian seorang pelajar tingkatan satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, yang dipercayai menjadi mangsa buli di sebuah sekolah menengah di Sabah.

Sebagai gerakan bebas yang memperjuangkan keadilan sosial dan hak kanak-kanak, G57 turut menawarkan bantuan guaman tambahan serta khidmat nasihat undang-undang kepada ibu mangsa bagi meneruskan usaha menuntut keadilan.

Pengerusi G57, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, pihaknya sebelum ini memilih untuk menghormati proses siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun kelewatan dan kebisuan berpanjangan mula menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan masyarakat.

“G57 menerima pelbagai aduan dan maklumat tidak rasmi yang mendakwa siasatan dilengahkan serta melibatkan individu berprofil tinggi. Jika benar, ia satu pencabulan serius terhadap prinsip keadilan dan kami tidak akan berdiam diri,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Beliau menegaskan, tiada sesiapa seharusnya terlepas daripada tindakan undang-undang hanya kerana status sosial atau kedudukan.

Susulan itu, G57 menyediakan bantuan guaman tambahan kepada keluarga mangsa dan menasihati mereka untuk mempertimbangkan tindakan saman sivil terhadap pihak sekolah atau mana-mana pihak yang cuai atau bersubahat.

“G57 juga akan terus memantau dan mendesak pihak berkuasa agar menyampaikan perkembangan siasatan secara telus dan terbuka kepada umum,” katanya.

Menurut Zulkarnain, kematian Zara bukan sekadar tragedi peribadi, tetapi isyarat jelas bahawa budaya buli dan ketidakselamatan pelajar di institusi pendidikan semakin membimbangkan.

“Pihak sekolah, Kementerian Pendidikan dan agensi penguatkuasaan undang-undang perlu mengambil tanggungjawab penuh serta mengemukakan pelan pembaikan yang konkrit dan menyeluruh,” ujarnya.

Dalam pada itu, G57 turut menyeru rakyat Malaysia agar bersolidariti bersama keluarga Allahyarhamah Zara Qairina dalam menuntut ketelusan, keadilan dan reformasi sistem pendidikan yang lebih selamat serta berperikemanusiaan.

Related Posts

Projek Tungku Commercial Centre dibatalkan, pemaju gagal penuhi terma

KOTA KINABALU – Projek Tungku Commercial Centre yang melibatkan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) bersama Menara Gading Sdn. Bhd (MGSB) dibatalkan selepas pemaju gagal memenuhi terma perjanjian. Menteri Kerja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah tingkat usaha baiki lampu jalan, terima peruntukan RM17.9 juta

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah terus memperkukuh jalinan kerjasama strategik dengan Kerajaan Persekutuan bagi menangani isu lampu jalan yang tidak berfungsi di seluruh negeri, khususnya melibatkan jalan-jalan persekutuan. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek Tungku Commercial Centre dibatalkan, pemaju gagal penuhi terma

Projek Tungku Commercial Centre dibatalkan, pemaju gagal penuhi terma

Sabah tingkat usaha baiki lampu jalan, terima peruntukan RM17.9 juta

Sabah tingkat usaha baiki lampu jalan, terima peruntukan RM17.9 juta

Tiga projek mega RMK13 tangani krisis air Tawau capai kemajuan

Tiga projek mega RMK13 tangani krisis air Tawau capai kemajuan

RM4.2 juta naik taraf SJK(T) Ladang Kulai Besar, perkukuh pendidikan inklusif

RM4.2 juta naik taraf SJK(T) Ladang Kulai Besar, perkukuh pendidikan inklusif

Johor tarik pelaburan teknologi, projek JHB1 catat pencapaian baharu

Johor tarik pelaburan teknologi, projek JHB1 catat pencapaian baharu

26 tahun menanti, projek tebatan banjir RM5 juta akhirnya direalisasi

26 tahun menanti, projek tebatan banjir RM5 juta akhirnya direalisasi