G57 buat laporan polis, mahasiswa anjur perhimpunan aman Gempur Rasuah

KOTA KINABALU – Pertubuhan bukan kerajaan, Gerakan Rakyat Malaysia  (G57) tampil membuat laporan polis ke atas sekumpulan pelajar dan alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menyertai perhimpunan aman Gempur Rasuah Sabah. 

Menurut Pengerusi GK7, Datuk Zulkarnain Mahdar, laporan dibuat kerana tindakan mereka secara jelas berniat jahat, memfitnah, mengaibkan dan cubaan menghasut agar rakyat Sabah membenci Tun Musa Aman selaku Yang di-Pertua Negeri Sabah. 

“Hari ini kami tampil membuat satu laporan polis fitnah dan hasutan ke atas sekumpulan pelajar UMS termasuk juga alumni yang berhimpun pada 31 Disember 2024. 

“Laporan lebih menjurus kepada satu video tular  tersebut telah dimuat naik di laman Facebook Suara Mahasiswa UMS pada hari ini selepas Tun Musa mengangkat sumpah pada 1 hari bulan.

“Kenyataan yang dimuat naik adalah mengenai satu tohmahan dan fitnah jahat ke atas Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah.

“Kononnya Tun Musa ini sebagai ahli korup, dan bertanggungjawab menggondolkan kayu balak di Sabah. 

“Jadi kami ingin bertanya, pulangkan semula soalan ini kepada kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai pelajar mahasiswa UMS Gempur Rasuah. 

“Mereka tuduh Tun Musa menggondolkan balak di Sabah, apa buktinya? Itu yang kita sedang cuba tanya mereka,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kepayan pada Jumaat. 

Jelasnya, tuduhan yang dilempar kepada Tun Musa yang kononnya menggondolkan balak adalah tidak berasas.

Beliau berkata, jika mengikut rekod, jutaan hektar telah dirizab sebagai hutan simpan kekal semasa Tun Musa menjadi Ketua Menteri.

Zulkarnain berkata, tuduhan yang mengatakan Tun Musa sebagai ahli korup juga tidak berasas kerana Tun Musa tidak pernah disabitkan kesalahan oleh mana-mana mahkamah.

Bagi pihak G57, beliau minta agar pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bertindak lebih tegas.

Related Posts

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

KUANTAN – Pemuda UMNO Bahagian Bera berharap Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius terhadap perkara dibangkitkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkaitan pembangunan dan kepentingan rakyat di negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program kesihatan dan kesejahteraan Beratok 2026 meriahkan semangat kebersamaan penduduk

BERATOK – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Kesihatan dan Kesejahteraan Komuniti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Program kesihatan dan kesejahteraan Beratok 2026 meriahkan semangat kebersamaan penduduk

Program kesihatan dan kesejahteraan Beratok 2026 meriahkan semangat kebersamaan penduduk

Program K.A.W.A.N perkukuh penyampaian inisiatif kerajaan kepada rakyat

Program K.A.W.A.N perkukuh penyampaian inisiatif kerajaan kepada rakyat

Pahang terus jadi nadi utama kepentingan FELDA

Pahang terus jadi nadi utama kepentingan FELDA

Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa

Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa

Kerajaan desa perlu diiktiraf sebagai peringkat pentadbiran keempat – Salleh

Kerajaan desa perlu diiktiraf sebagai peringkat pentadbiran keempat – Salleh