Lelaki maut motosikal dirempuh lori lawan arus di Sandakan

SANDAKAN – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah lori yang dipandu melawan arus dalam kejadian di Jalan Sungai Batang Batu 10, di sini pagi Jumaat.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, mengakibatkan penunggang motosikal lelaki berusia 22 tahun maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner (ACP) Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian kemalangan tersebut membabitkan motosikal mangsa yang dirempuh oleh sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 47 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati motosikal mangsa sedang bergerak dari arah Sibuga Besar menuju ke lampu isyarat Batu 10 yang merupakan jalan sehala dua lorong.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa telah dirempuh oleh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan dipandu secara melawan arus,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, akibat kemalangan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori mengalami kecederaan ringan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk bedah siasat.

“Sementara pemandu lori tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan