Rais Yatim diminta hormat, tidak campuri krisis adat Negeri Sembilan

SEREMBAN – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim disarankan untuk tidak mencampuri krisis institusi adat, khususnya berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir serta Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Mubarak Dohak.

Ahli Dewan Negara, Jufitri Joha berkata, penyelesaian terhadap perkara berkenaan wajar diserahkan sepenuhnya kepada institusi adat tanpa campur tangan pihak luar, termasuk tokoh politik.

Menurut beliau, institusi adat yang dianggotai Yang di-Pertuan Besar dan empat Undang mempunyai keabsahan serta mekanisme tersendiri untuk menyelesaikan sebarang pertikaian dalaman.

“Rais Yatim dia orang politik. Sebab itu saya pun mengambil sikap untuk kita nak institusi adat ini dianggotai oleh Yang di-Pertuan Besar dan empat undang ini menyelesaikan isu mereka. Kita harap boleh diselesaikan secara baik serta kita rakyat biasa ini kita mempertahankan institusi adat ini.

“Kita nak mereka mencari jalan penyelesaian. Bukan lagi orang ni komen, penyokong ni komen. Akhirnya dia tak ke mana-mana dan mengharapkan Tuanku Muhriz serta juga empat undang ini akan menyelesaikan permasalahan dalam Dewan Keadilan dan Undang (DKU).

“Kalau boleh, yang di luar ni janganlah komen (krisis institusi adat). Bagi masa kepada mereka untuk selesaikan,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) ketika ditemui selepas ceramah perdana pimpinan utama Pakatan Harapan (PH) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Rais yang mendakwa, tindakan Undang Yang Empat menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai sah.

Menganggap tindakan undang baru-baru ini sebagai sah, Rais bagaimanapun mengesyorkan supaya pihak-pihak yang mentadbir kerajaan Negeri Sembilan kembali ke pangkal permasalahan.

Sementara itu, mengulas sama ada kenyataan Rais dianggap sebagai penderhakaan kepada Tuanku Muhriz, Jufitri mengambil pendekatan lebih sederhana dengan mengajak semua pihak, termasuk tokoh berkenaan, agar tidak berpihak.

Beliau berkata, masyarakat perlu menghormati proses adat yang sedang berlangsung dan memberi ruang sepenuhnya kepada institusi berkenaan untuk membuat keputusan.

“Kita nak ajak Rais Yatim sama-sama menyumbang kepada penyelesaian. Sebab dia komen, orang lain komen, akhirnya orang ni masing-masing ada hujah dan saya tengok masing-masing ada hujah dan ada juga pro and con. Jadi finalnya itulah kita harapkan Dewan Keadilan dan Undang sendiri yang selesaikan.

“Kalau kami ni orang politik, Rais Yatim pun ahli politik, semestinya bila komen tu dia akan ada bias walaupun mungkin berfakta tapi hanya persepsi rakyat tu lihat ini penyokong ini, ini penyokong ini. Jadi sekali lagi kita sebagai rakyat jadi orang tengah, kita  biarkan DKU menyelesaikan isu-isu adat,” katanya.

Terdahulu, Rais mendakwa, tindakan Undang Yang Empat menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai sah manakala pemecatan Mubarak tidak.sah.
Menganggap tindakan undang baru-baru ini sebagai sah, bekas menteri itu bagaimanapun mengesyorkan supaya pihak-pihak yang mentadbir kerajaan Negeri Sembilan kembali ke pangkal permasalahan.

Related Posts

Terkilan kemelut politik berlaku ketika kerajaan fokus tangani konflik global

SEREMBAN – Kerajaan Perpaduan yang dibentuk antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berteraskan tiga prinsip utama iaitu kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kebajikan rakyat. Ketua Setiausaha PH, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
“Jika ada wakil rakyat DAP cuba belot, saya campak” – Anthony

SEREMBAN – Wakil rakyat DAP berdepan tindakan tegas termasuk disingkirkan daripada barisan kepimpinan sekiranya mereka cuba mengkhianati mandat atau menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terkilan kemelut politik berlaku ketika kerajaan fokus tangani konflik global

Terkilan kemelut politik berlaku ketika kerajaan fokus tangani konflik global

“Jika ada wakil rakyat DAP cuba belot, saya campak” – Anthony

“Jika ada wakil rakyat DAP cuba belot, saya campak” – Anthony

Tiada pihak boleh ‘sailang’ jawatan MB selagi krisis adat belum selesai

Tiada pihak boleh ‘sailang’ jawatan MB selagi krisis adat belum selesai

Sesi libat urus perkukuh kerjasama, percepat penyelesaian isu rakyat

Sesi libat urus perkukuh kerjasama, percepat penyelesaian isu rakyat

Aminuddin seru rakyat Negeri Sembilan bersiap sedia hadapi PRN bila-bila masa

Aminuddin seru rakyat Negeri Sembilan bersiap sedia hadapi PRN bila-bila masa

Perkasa keselamatan di ESS Zone guna teknologi canggih, AI – Hajiji

Perkasa keselamatan di ESS Zone guna teknologi canggih, AI – Hajiji