Fatwa Selangor vs SIS: Keresahan umat Islam perlu ditamatkan

PUTRAJAYA – Pihak perundangan yang diketuai Ketua Hakim Negara seharusnya menggunakan keterbukaan Majlis Raja-raja untuk berbincang berhubung kes yang dibawa oleh SIS Forum (Malaysia)

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Amidi Abdul Manan berkata, seharusnya Tun Tengku Maimun Tuan Mat perlu mengambil pendekatan tersebut bagi mengelakkan salah faham dan menamatkan keresahan umat Islam dalam kes rayuan pertubuhan terbabit.

“Perkara tersebut sepatutnya menjadi keutamaan Tengku Maimun ketika dilantik menjadi Ketua Hakim Negara ketika pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2019. Malangnya sehingga di penghujung perkhidmatan beliau, keresahan umat Islam terus berpanjangan.

“Dengan ini patik sembah mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim agar menimbangkan individu yang bakal dilantik sebagai Ketua Hakim Negara mampu untuk memainkan peranan secara berkesan dalam mengharmonikan kedua-dua sistem perundangan ini,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Dalam pada itu, Amidi berkata, satu tindakan proaktif mesti diambil bagi menamatkan keresahan umat Islam terhadap pendirian Mahkamah Persekutuan bahawa fatwa pihak berkuasa agama Islam Selangor yang mengisytiharkan SIS Forum (Malaysia) sebagai sesat dan menyeleweng, tidak terpakai kepada pertubuhan itu.

Katanya, walaupun ia tidak melibatkan fatwa terbabit secara keseluruhan, ia menjadikan fatwa tidak lagi berfungsi seperti yang sepatutnya.

“Pertikaian antara perundangan syariah dan sivil akan terus berlaku. Setiap kali ia terjadi maka umat Islam di Malaysia akan resah tentang sebarang kemungkinan yang boleh menyebabkan kekecewaan.

“Ia boleh melarat sehingga menghakis kepercayaan umat Islam terhadap keutuhan perundangan negara bagi menjamin kedaulatan undang-undang syariah,” katanya.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan pada Khamis bahawa fatwa pihak berkuasa agama Islam Selangor yang mengisytiharkan SIS Forum (Malaysia) sebagai sesat dan menyeleweng, tidak terpakai kepada pertubuhan itu.

Dalam keputusan majoriti 3-1, panel empat hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berpendapat, fatwa tersebut tidak boleh digunakan terhadap SIS Forum (Malaysia) kerana ia sebuah syarikat, bukan individu yang menganut agama Islam.

Panel itu berpuas hati, sesebuah syarikat tidak ‘menganut’ agama Islam untuk diklasifikasikan secara sah sebagai penganut.

Peguam Kanan Mohamed Haniff Khatri Abdulla memaklumkan, fatwa yang mengisytiharkan fahaman liberalisme dan pluralisme agama sebagai sesat serta menyeleweng daripada ajaran Islam kekal sah dari sudut hukum syarak dan masih terpakai kepada individu Muslim.

Menurutnya, walaupun Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 3-1 membenarkan sebahagian rayuan Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia), namun ia hanya menyentuh aspek pemakaian fatwa terhadap entiti syarikat, bukannya membatalkan keseluruhan fatwa.

Related Posts

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen padu dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sokongan berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam