Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

BUKIT MERTAJAM – Enam individu termasuk seorang remaja perempuan bawah umur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan bersubahat melakukan jenayah penipuan dalam talian pada 13 Mei lalu.

Tertuduh, Cham Chew Lian, 22; remaja perempuan berusia 17 tahun; Leong Wei Yao, 28; Ang Meng Foo, 25; serta dua warga asing iaitu Reasmeykakada, 22, (Kemboja) dan Deng Fei, 38, (China), membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa telah berpakat melakukan jenayah penipuan dalam talian di sebuah kondominium Residensi Sky, Alma, kira-kira jam 5 petang pada 13 Mei lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 120B kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Anis Suhada Rosli, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Anas Hakimi dan Husna Ridzuan.

Dalam prosiding, pihak pendakwaan memohon agar mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap kesemua tertuduh atas kesalahan yang dilakukan.

Bagaimanapun, peguam pembela memohon agar hukuman denda minimum dikenakan memandangkan kesalahan itu merupakan kali pertama dilakukan oleh tertuduh, selain kebanyakan mereka tidak bekerja dan tiada pendapatan tetap.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM8,000 terhadap lima tertuduh. Sekiranya gagal membayar denda, mereka akan dipenjara selama enam bulan.

Bagi tertuduh bawah umur, mahkamah memutuskan supaya dia dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) dan akan didakwa semula mengikut peruntukan di bawah undang-undang kanak-kanak.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kontinjen Pulau Pinang berjaya menumpaskan sindiket penipuan dalam talian yang menawarkan hadiah palsu menerusi aplikasi Telegram.

Operasi khas yang dijalankan di sebuah kondominium di kawasan Alma, Bukit Mertajam pada Selasa lalu telah membawa kepada penahanan enam individu terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 18 hingga 28 tahun, serta seorang lelaki dan seorang wanita warga asing berusia lingkungan 23 hingga 38 tahun.

Empat individu tempatan yang ditahan mengaku bekerja sebagai operator pusat panggilan sejak seminggu lalu dengan menerima gaji sebanyak RM2,600 sebulan.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin