Elaun pegun doktor luar bandar perlu disemak semula

SANDAKAN – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) digesa supaya menyemak semula dasar elaun pegun bagi doktor yang berkhidmat di kawasan luar bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Sabah, Datuk James Ratib berkata, trend penurunan minat dalam kalangan doktor untuk berkhidmat di luar bandar berikutan tiada penyesuaian semula terhadap elaun pegun mereka walaupun gaji asas telah dinaikkan.

“Elaun telah dipegunkan, bermaksud ia tidak dinaikkan lagi. Ini menjadikan tiada perbezaan dari segi imbuhan sama ada mereka berkhidmat di bandar mahupun di luar bandar.

“Sedangkan berkhidmat di luar bandar lebih mencabar dengan kemudahan yang masih serba kekurangan,” katanya dalam satu sidang media, di sini pada Sabtu.

James menyeru Kerajaan Persekutuan, terutamanya KKM agar memberikan perhatian terhadap isu ini dan mencadangkan agar Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada dasar pemegunan elaun bagi memastikan lebih ramai doktor bersedia berkhidmat di kawasan pedalaman.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menekankan keperluan mendesak untuk menambah bilangan mesin dialisis di Sandakan, susulan peningkatan kes penyakit buah pinggang di kawasan itu.

“Alhamdulillah Kerajaan Sabah telah bersetuju untuk menambah 100 buah mesin dialisis bagi hospital dan klinik kesihatan di seluruh negeri.

“Sandakan akan menerima enam unit tambahan bagi menampung keperluan pesakit yang semakin meningkat,” katanya.

Menurut beliau, pesakit yang tidak dapat menerima rawatan di hospital kerajaan terpaksa mendapatkan rawatan di klinik swasta dengan kos antara RM2,600 hingga RM3,000 sebulan satu beban besar kepada golongan berpendapatan rendah.

Sehubungan itu, beliau berharap langkah yang diambil Kerajaan Negeri dapat meringankan beban pesakit serta meningkatkan akses kepada rawatan berkualiti di kawasan luar bandar.

Related Posts

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

ALOR SETAR – Seorang mekanik yang ditahan susulan penemuan tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan serta dua laras senapang angin di sebuah bengkel kenderaan di Baling, dekat sini pada Jumaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

KANGAR – Inisiatif Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) membuka Tabika Tunas Istimewa (TTI) di Perlis dilihat berpotensi mengubah landskap pendidikan khas luar bandar menerusi model kos rendah yang lebih inklusif. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik