Utamakan keharmonian politik, sokong Kerajaan Perpaduan – James Ratib

SANDAKAN – Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk James Ratib menyeru semua pihak agar mengutamakan keharmonian dalam landskap politik semasa dan terus menyokong gagasan Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri (PMX), Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

“Yang penting sekarang ini kita ikut cadangan Yang Amat Berhormat PMX supaya harmonikan hubungan Kerajaan Negeri dan Persekutuan bersama-sama.   

“Tidak ada guna gaduh-gaduh. Yang penting harmonikan saja,” katanya ketika ditemui media sempena Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Sandakan di Majlis Perbandaran Sandakan, di sini, pada Sabtu.

Jelasnya, walaupun terdapat perbezaan fahaman politik, ia tidak seharusnya menjadi penghalang perpaduan.

“Yang di bawah itu ibaratkan adik-beradik bergaduh-gaduh biasa. Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) gaduh-gaduh itu biasa. 

“Tetapi yang penting matlamat kita harmonikan. Harmonikan cadangan yang amat berhormat PMX iaitu harmonikan perpaduan kita. Kekalkan perpaduan kita,” tambah beliau.

Sementara itu, katanya Pesta Kamaatan menyaksikan kehadiran pelbagai etnik termasuk Dusun, Kadazan, Sungai, Bajau, Suluk, Simunul dan lain-lain yang menjadi lambang perpaduan masyarakat majmuk di Sandakan.

Tambahnya, kehadiran wakil-wakil rakyat pembangkang dalam perayaan tersebut, mencerminkan semangat kerjasama merentasi perbezaan politik demi kepentingan rakyat.

“Dalam satu masa, semua orang bersatu. Terutama sekali dalam segi perpaduan dan kebudayaan ini,” katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang baharu, Walter Kenson, dalam membawa pembaharuan dan memajukan daerah tersebut.

“Saya yakin Presiden kita yang baharu ini boleh menaikkan nama Sandakan boleh mengubah landskap Sandakan ini dengan adanya kerjasama bukan sahaja dalam kalangan pemimpin politik kerajaan tetapi juga pemimpin pembangkang,” katanya.

Dalam pada itu, Sandakan yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai ‘Mini Hong Kong’ kini perlu dibangunkan semula dengan sokongan semua pihak termasuk Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong sebagai seorang pemimpin yang lantang bersuara di Parlimen demi kemajuan kawasan itu.

“Saya yakin akan ada perubahan besar untuk Sandakan bergandingan dengan Presiden MPS,” ujarnya.

Pada majlis sama, James turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Unduk Ngadau Kaamatan Sandakan 2025 kepada Elly Reachel yang dinobatkan sebagai johan menerima wang tunai sebanyak RM8,000. 

Vrensa Joaan menerima gelaran naib johan seterusnya membawa pulang wang tunai RM7,000 manakala tempat ketiga dimenangi Fenny Joseph menerima hadiah kemenangan sebanyak RM6,000.

Related Posts

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas
  • YnomYnom
  • December 5, 2025

KOTA KINABALU – Jenazah Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, di sini, pada Jumaat. Ziarah terakhir Allahyarham diadakan di Idang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia