Deretan planet raikan Hari Kemerdekaan, 31 Ogos!

KUALA LUMPUR – Perkongsian imej deretan objek cakerawala oleh penggiat astronomi, Mohamad Redzuan Tahar, 41, menarik perhatian rakan-rakan media sosialnya.

Menurut Redzuan, pembacaannya mengenai pakar falak yang juga Mufti Pulau Pinang pertama, Syeikh Abdullah Fahim yang mencadangkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu telah mencetus rasa ingin tahu mengenai keadaan langit pada malam tersebut.

‘’Selepas membaca artikel mengenai pakar falak, Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim yang telah mencadangkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan negara, saya telah melayari aplikasi Stellarium dan Sky Safari dan kembali kepada tarikh 31 Ogos 1957, sangat mengujakan apabila mendapati planet Marikh, Utarid, Musytari, Zuhrah, Neptune, Zuhal, Bulan, dan buruj Virgo berada dalam keadaan sebaris atau sejajar pada langit barat Tanah Melayu ketika itu.

‘’Sebelum ini ramai yang mungkin telah terdengar atau terbaca kisah Syeikh Abdullah Fahim dan jika ada yang belum tahu, mungkin perkongsian secara visual peta bintang keadaan langit pada tarikh kemerdekaan dipilih boleh menjadi pemangkin kepada masyarakat umum terutamanya peminat astronomi agar lebih teruja untuk mengetahui sejarah di sebalik kemerdekaan negara kita ini.

‘’Sebagai peminat astronomi, sememangnya saya amat kagum dengan kepakaran Allahyarham mentafsir kedudukan objek cakerawala di langit pada malam tersebut memandangkan ketika itu kelengkapan dan peralatan astronomi tidak semaju sekarang.

‘’Dengan perkongsian kecil ini, saya berharap ia akan mencetus minat dan lebih ramai penyertaan orang ramai dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, persatuan serta kelab yang berkaitan,’’ kongsinya yang merupakan lulusan Sarjana Muda kejuruteraan Komputer di Rensselaer Polytechnic Institute (RPI), Amerika Syarikat dan Sarjana Sains Fizik di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Pada tahun 1957, Mufti Pulau Pinang pertama, Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim yang juga datuk kepada Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengaplikasikan pengetahuan ilmu falaknya untuk menentukan tarikh kemerdekaan negara.

Selain 31 Ogos 1957, Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim turut mencadangkan tarikh yang sama pada tahun 1962 sebagai tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu.

Dalam pada itu, tahun ini Sabah julung kali akan meraikan Hari Sabah sebagai memperingati kemerdekaannya pada 31 Ogos 1963.

Pada tarikh berkenaan, melalui aplikasi SkySafari dapat dilihat, langit Sabah dihiasi dengan Bima Sakti di mana langit dipenuhi bintang ibarat seluruh alam turut meraikan kemerdekaan Sabah pada malam tersebut.

Related Posts

RM300,000 bina semula titian Kampung Selamat Lok Urai

PUTRAJAYA – Kerajaan meluluskan peruntukan khas sebanyak RM300,000 bagi membina semula titian di Kampung Selamat Lok Urai, Pulau Gaya, Sabah, susulan insiden runtuhan yang membahayakan keselamatan penduduk. Unit Komunikasi Korporat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

JOHOR BAHRU – Kerajaan sedang memperhalusi langkah lebih menyeluruh bagi mengurangkan penggunaan tenaga susulan krisis bekalan global, termasuk mempertimbangkan kawalan terhadap pergerakan Jemaah Menteri serta kementerian, kata Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Royston agih insentif RM14,800 buat pelajar MRSM Mukah

Royston agih insentif RM14,800 buat pelajar MRSM Mukah

RM300,000 bina semula titian Kampung Selamat Lok Urai

RM300,000 bina semula titian Kampung Selamat Lok Urai

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

Kerajaan fokus tiga pendekatan hadapi gelombang kedua krisis tenaga

Kerajaan fokus tiga pendekatan hadapi gelombang kedua krisis tenaga

Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO

Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO