UMNO akan perkasa politik digital, kuasai politik ‘handphone’

KUALA LUMPUR – Ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menoktahkan segala polemik berhubung keberadaan parti di dalam gabungan politik bersama Kerajaan Perpaduan.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia juga memulakan naratif baharu untuk merencanakan kegemilangan parti dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Menurut beliau, pihaknya akan memberi penekanan khusus kepada
penguasaan politik digital berikutan parti menyedari bahawa era politik ketika ini berada dalam fasa ‘politik handphone’.

“Penerangan UMNO Malaysia
akan menawarkan modul latihan komunikasi digital untuk melatih
lebih ramai jentera penerangan parti di peringkat akar umbi supaya
berupaya memahami propaganda.

“Kita juga mampu menghasilkan kandungan digital positif yang berkualiti dan berwibawa bagi menarik perhatian
rakyat serta menyebarluaskan mesej-mesej parti dengan lebih efektif,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Azalina berkata, pihaknya juga akan memanfaatkan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam mengenal pasti trend dan sentimen pengundi dengan lebih tepat dan bersasar.

Jelasnya, penguasaan AI itu juga akan membantu UMNO dalam menyusun strategi komunikasi yang lebih berkesan dan responsif terhadap perubahan persepsi rakyat.

“Penerangan UMNO Malaysia akan
melancarkan kempen digital secara bersepadu dan strategik dengan memanfaatkan pelbagai platform media sosial terkini.

“Kita juga akan mempelbagaikan bentuk kandungan yang sentiasa relevan dengan
trend semasa seperti siri podsiar #HitamPutihKelabu (HPK) dan
chatbot yang dijana oleh AI boleh menjelaskan isu-isu semasa pada
bila-bila masa sahaja,” katanya.

Dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini, Azalina menegaskan UMNO akan dapat mengukuhkan lagi kedudukan dan mengangkat imej parti
terutamanya di dalam landskap politik digital.

“Seterusnya memenangi hati masyarakat terutamanya generasi muda yang menjadi penentu masa depan negara,” katanya.

Related Posts

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

KUALA LUMPUR – Bank Dunia mendedahkan tindakan kerajaan mengurangkan kuota penggunaan petrol bersubsidi di bawah BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan adalah tepat dalam usaha mengurangkan beban fiskal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan kes ‘mafia korporat’ setakat ini tidak melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis