DBKK komited bangun bandar inklusif, sedia hadapi lonjakan warga emas

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) terus komited memperkukuh pembangunan bandar inklusif dan mesra usia sebagai langkah menghadapi peningkatan populasi warga emas negara menjelang 2030.

Mayor DBKK, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, ukuran sebenar kemajuan sesebuah bandar bukan hanya terletak pada pembangunan fizikal semata-mata.

“Sebagai peneraju utama pembangunan bandar raya ini, saya percaya bahawa sesebuah bandar itu tidak hanya diukur pada ketinggian bangunan pencakar langit.

“Sebaliknya, ukuran sebenar kemajuan dan ketamadunan sesebuah bandar adalah sejauh mana ia bersifat inklusif dan mampu melindungi golongan yang paling rentan dalam masyarakat kita, iaitu kanak-kanak dan warga emas,” ujarnya semasa berucap dalam majlis Program Inspirasi & Realiti: Perkongsian Bandar Mesra Usia (Aged-Friendly City) 2026, di Hilton Hotel, di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Sabin berkata, konsep bandar berdaya huni yang menjadi teras DBKK menekankan aspek keselamatan dan keterangkuman untuk semua lapisan masyarakat.

“Konsep ‘berdaya huni’ atau ‘liveable city’ ini menuntut agar persekitaran bandar kita bukan sahaja selesa dari segi fizikal, malah turut inklusif serta selamat untuk semua lapisan umur dan keupayaan.

“Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah warga berumur 60 tahun ke atas dijangka melebihi 15 peratus daripada populasi negara menjelang 2030, menandakan Malaysia akan menjadi negara berpenduduk tua dalam tempoh terdekat,” kongsinya.

Sehubungan itu, katanya, konsep bandar mesra usia perlu diberi perhatian serius.

“Konsep Bandar Mesra Usia yang digerakkan oleh World Health Organization (WHO) menekankan pembangunan bandar yang inklusif, selamat, sihat dan mesra warga emas, termasuk dari segi infrastruktur, perkhidmatan awam dan aktiviti sosial.

“Melalui perkongsian pengalaman daripada bandar yang telah berjaya, khususnya Pulau Pinang, DBKK dan pihak terlibat dapat memperoleh panduan praktikal serta inspirasi untuk merancang langkah awal ke arah bandar yang lebih inklusif, selamat dan mesra usia,” katanya.

Terdahulu, pada 2024, DBKK telah melakar sejarah penting dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) bersama UNICEF sekali gus secara rasmi menjadi bandar raya pertama di Sabah yang melaksanakan Inisiatif Bandar Mesra Kanak-kanak.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif, Penang Women’s Development Corporation (PWDC), Datuk Ong Bee Leng dan Ketua Pengarah DBKK, Datuk Sr. Lifred Wong.

Related Posts

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

KUCHING – Stesen radio tempatan, CATS FM terus menyemarakkan sambutan Syawal tahun ini menerusi penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Ohsem Raya yang berlangsung meriah di Dewan CATS FM, Jalan Bako…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

TAWAU – Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa negeri Sabah termasuk dua pegawainya direman bermula Rabu bagi siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 antara 2022 hingga 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori