Dalil utamakan kemenangan pilihan raya ketimbang haji, umrah bukti Pas terdesak

KENYATAAN Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyatakan bahawa kemenangan pilihan raya adalah lebih utama daripada menunaikan haji dan umrah menunjukkan bahawa parti tersebut terdesak untun meraih sokongan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning dengan tempoh berkempen hanya berbaki kurang seminggu.

Kenyataan tersebut tidak mengandungi sebarang asas yang kukuh di dalam Islam. Ini kerana apabila Presiden Pas mengaitkan dengan sirah Rasulullah dalam membuat kenyataan itu, ia jauh lari konteks sebenar.

Pertamanya pilihan raya tidak boleh disamakan sama sekali dengan konteks perang pada zaman Rasulullah. Pilihan raya dan perang adalah dua konteks yang sangat berbeza. Pilihan raya adalah proses demokrasi dan bukan perang.

Kedua, calon daripada Barisan Nasional juga adalah juga beragama Islam dan berbangsa Melayu. Islam sangat menghalang sebarang tindakan yang memutuskan hubungan sesama Islam. Kadi di mana hujah mengatakan pilihan raya adalah sama seperti perang? Zaman Rasulullah perang menentang kafir Quraisy bukan sesama Islam.

Ketiganya urusan haji adalah wajib dengan syarat yang mesti dipatuhi dan umrah adalah bersifat sunat bagi yang berkemampuan. Tidak ada sebarang dalil yang mendahului kedua-dua ini kerana dalil haji dan umrah daripada al-Quran dan sunnah, tidak ada sebarang unsur politik diambil kira dalam hukum ini.

“Ayoh Chik jangan peseng gining, orang kampung jadi pening paler tobak pun, kalu nok sama Qaradawi kata jihad Palestin lebih utama dari umrah hok sunat, tu jihad Palestin Ayoh Chik, ni PRK je, calon BN pun Islam gok, ke calon BN ni Yahudi Ayoh Chik? Tanye je mbeng maroh.”

Sangat jelas sikap Pas yang berterusan menggunakan agama sebagai alat untuk mencapai cita-cita politik sempit mereka tanpa mengira dosa pahala.

Related Posts

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

DALAM suasana politik negara yang semakin mencabar, rakyat hari ini semakin matang menilai antara perjuangan sebenar demi kestabilan negara dengan retorik politik yang hanya menanam kebencian dan perpecahan sesama umat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fahmi difitnah, jumpa Sultan Selangor isu akaun palsu bukan ladang babi

PERTEMUAN Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat lalu seharusnya dilihat dalam kerangka tugas rasmi, bukannya dijadikan bahan spekulasi yang mengelirukan masyarakat awam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO