‘Cukuplah Fadhli, henti main politik murahan tragedi Putra Heights’

KETUA Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari perlu menghentikan permainan politik murahan dalam musibah kebakaran paip gas di Putra Heights, Puchong yang
dijadikan ‘peluru’, semata-mata mahu mewujudkan persepsi negatif terhadap Kerajaan Negeri Selangor.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, ini bukan masanya untuk mana-mana pihak, khususnya pembangkang bermain politik, sebaliknya adalah masa untuk rakyat bersatu dalam mencari titik persamaan dan menghulurkan bantuan.

Bagaimanapun, kata beliau, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas memilih untuk terus bermain politik murahan dengan menabur sindiran dan fitnah ketika rakyat sedang memerlukan empati serta bantuan.

“(Ahmad) Fadhli tidak pernah gagal untuk mengkritik, walau dalam apa jua keadaan.
Dalam setiap krisis, beliau tampil bukan untuk membantu, tetapi untuk mengkritik tanpa asas.

“Tindakannya bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah menambah luka di saat rakyat sedang merintih. Di mana semangat menjaga tanah air? Di mana rasa hormat kepada mangsa?

“Kalau benar berlaku (lagi) bencana besar di negara ini, Na’uzubillah, saya berdoa agar tiada lagi ahli politik seperti ini yang hanya tahu menyalahkan dan mencari populariti atas penderitaan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sindiran Ahmad Fadhli terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari dengan menyarankan beliau bercuti selepas melakukan penafian awal mengenai keberadaan ekskavator berhampiran saluran paip gas.

Fadhli memberikan saranan itu ketika membalas kritikan Amirudin yang menyifatkan Pas sebagai mengamalkan fitnah dan putar belit, berhubung insiden kebakaran paip gas di Putra Heights di Subang Jaya. 

Beliau berkata, kritikan Amirudin itu tidak menjawab isu sebenar berkaitan penafian awalnya mengenai keberadaan ekskavator berhampiran saluran paip gas di sana.

Mengulas lanjut, Mohd Razlan memaklumkan, tragedi besar terbabit yang melibatkan ribuan mangsa dan ratusan rumah yang terjejas memerlukan perhatian khusus dari pemimpin tempatan

Jelasnya, ini susulan musibah yang diterima oleh setiap mangsa adalah mencabar, selain memerlukan perhatian teliti pihak berwajib untuk menanganinya.

“Sehubungan itu, semua pihak menolak politik sempit yang dibawa oleh pemimpin Pas seperti Ahmad Fadhli. Negara tidak akan ke hadapan jika masih ada ahli politik yang suka ‘menangguk di air keruh’.

“Semua agensi keselamatan, pihak berkuasa tempatan dan Kerajaan Negeri Selangor meneruskan usaha membantu mangsa tanpa menghiraukan suara-suara sumbang yang mempertikaikan usaha mereka.

“Rakyat lebih memerlukan keprihatinan daripada perbalahan. Cukuplah (Ahmad) Fadhli, belajarlah untuk menjadi matang. Politik yang tidak berjiwa rakyat tidak akan ke mana,” katanya.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen