PRK Nenggiri: Tak kira calon mana dipilih, keluarlah tunai tanggungjawab – Ku Li

GUA MUSANG – Penyelesaian isu setempat di Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat mampu memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) esok.

Pengarah PRK DUN Nenggiri, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, parti itu banyak memberi perhatian mencari penyelesaian terhadap masalah dihadapi rakyat luar bandar, lapor Bernama.

Dua pusat mengundi akan ditutup pada pukul 3 petang, iaitu Dewan Orang Ramai Pos Simpor dan Sekolah Kebangsaan Pulat.

Baki 14 pusat mengundi akan beroperasi mengikut jadual dari 8 pagi sehingga 6 petang.

Sebelum ini turut dilaporkan, tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada hari pengundian awal yang dijadualkan berlangsung esok, kerana kesemua 14 pengundi terlibat memilih untuk mengundi secara pos, memandangkan mereka perlu bertugas sepanjang tempoh kempen.

PRK DUN Nenggiri melibatkan seramai 20,259 pengundi berdaftar menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon Pas, Mohd Rizwadi Ismail mewakili PN.

Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumumkan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas, selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Pada Pilihan Raya Negeri Kelantan Ogos tahun lalu, calon BN Ab Aziz Yusoff tewas kepada Mohd Azizi yang bertanding di bawah tiket Pas mewakili PN dengan majoriti 810 undi.

Related Posts

PRN Johor: Rakyat bukan alat percaturan politik

BATU PAHAT – Semua parti dalam Kerajaan MADANI disaran mengamalkan pendekatan matang dan rasional dengan mengutamakan kepentingan rakyat berbanding percaturan politik, khususnya dalam menentukan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

PORT DICKSON – Spekulasi pembentukan gabungan baharu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan dilihat tidak berasas susulan mendapat penolakan daripada kepimpinan tertinggi UMNO. Sumber memaklumkan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Rakyat bukan alat percaturan politik

PRN Johor: Rakyat bukan alat percaturan politik

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’