Pusat Penjaja Bintawa dinaik taraf demi manfaat peniaga – Wee Hong Seng

KUCHING: Pusat Penjaja Bintawa di Sarawak menerima peruntukan RM1 juta untuk projek naik taraf, yang merupakan perkembangan signifikan selepas 20 tahun beroperasi.

Dana ini akan digunakan untuk meningkatkan infrastruktur dan kemudahan di pusat penjaja tersebut yang beroperasi selama dua dekad.

Projek naik taraf ini dijangka melibatkan pembaikkan dan pembinaan semula gerai, peningkatan sistem sanitasi, dan penambahbaikan kawasan tempat letak kereta.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk Wee Hong Seng meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kritikan yang diterima daripada segelintir pihak berkaitan pelbagai projek yang dijalankan oleh MBKS terutama projek naik taraf Pusat Penjaja Bintawa.

“Terdapat segelintir pihak yang mengkritik pelaksanaan projek ini, sama ada dari segi kos, reka bentuk, ataupun impak terhadap peniaga dan komuniti setempat,” ujar beliau.

Datuk Wee Hong Seng ketika ditemui pemberita

Beliau berkata kritikan ini tidak adil kerana projek ini bertujuan untuk kebaikan jangka panjang dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

“Setiap projek yang dilaksanakan oleh MBKS, termasuk di Pusat Penjaja Bintawa, adalah hasil daripada kajian mendalam dan mengambil kira keperluan serta maklum balas Masyarakat”, tegas beliau.

Wee menyeru semua pihak bekerjasama dan menyokong projek pembangunan ini yang dirancang dengan teliti demi kepentingan semua pihak.

Beliau juga mengingatkan pembangunan yang berterusan sangat penting dalam memastikan Kuching terus berkembang sebagai bandar moden dan progresif.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan