CoBT perlu tingkat kualiti perkhidmatan, bukan bergantung alam semula jadi

KOTA KINABALU – Pengusaha pelancongan berasaskan komuniti (CoBT) di Sabah diingatkan supaya tidak lagi bergantung kepada keindahan alam semula jadi semata-mata, sebaliknya meningkatkan kualiti perkhidmatan, kemudahan asas dan profesionalisme selaras dengan perubahan jangkaan pelawat.

Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai berkata, banyak destinasi CoBT memiliki tarikan alam dan budaya yang kuat, namun kekuatan itu perlu dilengkapkan dengan penyampaian pengalaman yang lebih berkualiti dan konsisten.

“Alam semula jadi sudah memainkan peranannya. Apa yang perlu kita pertingkatkan secara berterusan ialah cara pengalaman itu disampaikan.

“Pengusaha juga perlu menilai semula standard dan amalan lama yang mungkin berkesan sebelum ini, tetapi tidak lagi relevan dengan keperluan pelawat yang semakin berpengetahuan,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada Isnin.

Menurutnya, Kerajaan Negeri menyasarkan pelancongan berasaskan komuniti di Sabah mencapai standard ASEAN menjelang 2030 dan pengiktirafan sedia ada perlu dijadikan asas untuk penambahbaikan berterusan.

“Lembaga Pelancongan Sabah akan terus bekerjasama dengan pengusaha CoBT melalui program pembangunan kapasiti, penglibatan industri dan kolaborasi bersama agensi berkaitan bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan,” tambahnya.

Joniston berkata demikian ketika mengadakan pertemuan bersama lima pengusaha pelancongan berasaskan CoBT Sabah yang baru menerima pengiktirafan ASEAN Tourism Standard di peringkat kebangsaan pada Isnin.

Pengusaha itu diketuai oleh Presiden Persatuan Pelancongan Kiulu, Meijin Manggingow, pengusaha CoBT terbabit ialah Bambangan Lama Recreation Centre, Murug-Turug Eco-Tourism Kampung Minangkob, Lingga Eco Tourism di Kiulu serta Terintidon Eco Tourism dan Tagal Kampung Tiong Malangkap di Kadamaian.

Related Posts

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

KUCHING – Parti Sedar Rakyat yang kini dalam proses penjenamaan semula kepada Parti Wawasan Rakyat, menzahirkan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg.  Presidennya, Affendi Jeman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
19,000 kekosongan Tahun Satu di Perak bagi sesi persekolahan 2027

IPOH – Lebihan hampir 19,000 tempat bagi kemasukan Tahun Satu di Perak mencerminkan kapasiti sekolah di negeri ini masih berada pada tahap selesa dan mampu menampung keperluan murid bagi sesi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

19,000 kekosongan Tahun Satu di Perak bagi sesi persekolahan 2027

19,000 kekosongan Tahun Satu di Perak bagi sesi persekolahan 2027

1,139kg minyak masak peket bersubsidi disita di Sandakan ‎

1,139kg minyak masak peket bersubsidi disita di Sandakan ‎

Ada keperluan murid dididik jaga kebersihan termasuk bersihkan tandas – PMX

Ada keperluan murid dididik jaga kebersihan termasuk bersihkan tandas – PMX

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia