Buli antara ketakutan terbesar kanak-kanak, perlu tindakan segera – UNICEF

KOTA KINABALU – Isu buli dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia perlu ditangani segera selepas dapatan kajian menunjukkan kes buli semakin membimbangkan, kata wakil Tabung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) ke Malaysia merangkap wakil khas ke Brunei Darussalam, Robert Gass.

Beliau berkata, kanak-kanak secara konsisten menyuarakan kebimbangan mereka terhadap buli.

“Dalam tinjauan UNICEF pada tahun 2017, buli dikenal pasti sebagai antara ketakutan terbesar kanak-kanak.

“Manakala, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022 melaporkan bahawa 8.6 peratus kanak-kanak mengaku pernah dibuli dalam tempoh sebulan yang lalu,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Tegasnya, UNICEF menyifatkan angka itu sebagai amaran serius agar buli harus ditangani segera.

Beliau menjelaskan, garis panduan UNICEF dan perbincangan bersama kanak-kanak menekankan keperluan untuk mewujudkan saluran pelaporan yang selamat, dasar sekolah yang lebih kukuh dan guru yang dapat bertindak balas dengan empati agar kanak-kanak dapat belajar tanpa rasa takut.

“Keperluan ini kekal sebagai keutamaan yang mendesak.

“Kita mesti mendengar dan kita mesti bertindak,” ujarnya.

Katanya, insiden-insiden terbaharu yang dilaporkan media menyerlahkan keperluan mendesak untuk memperkukuh sistem perlindungan kanak-kanak di Malaysia agar dapat mencegah dan bertindak balas dengan lebih berkesan terhadap keganasan, eksploitasi, pengabaian dan penderaan baik secara dalam talian mahupun luar talian.

Dalam pada itu, beliau turut memuji kerajaan dan rakan-rakan strategik atas tindakan segera mereka dalam menangani keganasan terhadap kanak kanak.

Bagaimanapun, katanya usaha kolektif itu mesti diteruskan melalui dasar kebangsaan yang lebih kukuh berasaskan hak kanak-kanak.

“Sistem perlindungan kanak-kanak yang lebih berkesan dan pembinaan budaya prihatin dan hormat di dalam bilik darjah,” jelasnya.

Tambah Robert, UNICEF bersedia menyokong usaha kerajaan yang diselaraskan untuk memastikan buli tidak lagi mempunyai tempat di Malaysia.

“Setiap kanak-kanak berhak untuk selamat, dihargai dan dilindungi sama ada di sekolah, di alam maya, di rumah juga di mana-mana ruang yang mereka berada,” ujarnya.

Related Posts

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

CYBERJAYA – Satu daripada tujuh kapal Malaysia yang membawa bahan api mengalami kerosakan dan tidak dapat berlepas dari pelabuhan di Selat Hormuz. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

CYBERJAYA – Kerajaan kemungkinan akan melaksanakan pemotongan gaji terhadap menteri sekiranya keadaan ekonomi negara menjadi lebih teruk dan runcing. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, buat masa ini, gaji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil