Bersatu Pahang akui Ahli Parlimen PN Indera Mahkota ‘hilang’, tidak aktif bersama rakyat

BERSATU Pahang secara terbuka mengakui bahawa Ahli Parlimen Indera Mahkota ketika ini, Datuk Saifuddin Abdullah, sudah lama ‘hilang’ dan tidak lagi memainkan peranan aktif di kawasan tersebut.

Timbalan Pengerusi Bersatu Pahang, Jasri Jamaludin berkata, situasi itu bukan lagi perkara baharu malah turut menjadi antara faktor yang membolehkan pihak lawan melihat ruang untuk kembali merampas kerusi berkenaan.

Menurut beliau, perkembangan tersebut dapat dilihat apabila Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi, semakin aktif turun padang dengan pelbagai program dan inisiatif di Indera Mahkota.

“Memang kita boleh jangka pengumuman itu (hasrat bertanding) kerana beliau aktif di kawasan. Tetapi kita juga akui, Ahli Parlimen sedia ada sudah lama ‘hilang’ selepas dipecat daripada Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan.

Saifuddin sebelum ini dipecat daripada Bersatu pada Januari lalu selepas mengkritik kepimpinan parti secara terbuka, sekali gus menjadikan beliau kini sebagai Ahli Parlimen bebas.

Mengulas lanjut, Jasri berkata walaupun Saifuddin tidak lagi bersama Bersatu, parti itu tetap menganggap kerusi Indera Mahkota sebagai milik mereka dari sudut prinsip dan akan terus memperkukuh gerak kerja di peringkat akar umbi.

Katanya, usaha tersebut kini digerakkan oleh kepimpinan tempatan parti bagi memastikan kehadiran Bersatu di kawasan itu terus dirasai rakyat.

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa usaha untuk merampas semula kerusi itu bukan sesuatu yang mudah memandangkan Perikatan Nasional (PN) masih mempunyai kekuatan tersendiri di Indera Mahkota.

Jasri turut membayangkan bahawa pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen PN masih belum dimuktamadkan sepenuhnya, namun Bersatu bersedia untuk berunding termasuk dengan Pas sekiranya perlu.

Beliau juga mempersoalkan tindakan Ahmad Farhan yang mengumumkan hasrat bertanding terlalu awal, memandangkan rundingan antara parti-parti dalam kerajaan termasuk Barisan Nasional didakwa belum diselesaikan.

Sebelum ini, Ahmad Farhan dilaporkan berkata beliau diamanahkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk merampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota pada pilihan raya umum akan datang.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori