Rundingan 40 peratus Sabah diperkukuh, jawatankuasa teknikal diperkasa

KOTA KINABALU – Rundingan berkaitan tuntutan 40 peratus hasil Sabah terus diperkukuh menerusi pendekatan kerjasama antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi mencapai penyelesaian terbaik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah & Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud berkata, meskipun terdapat penangguhan dalam proses tertentu, perbincangan tidak pernah dihentikan malah terus berjalan melalui pelbagai peringkat jawatankuasa.

“Selepas Mesyuarat Pembangunan Negeri, saya telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan Sabah, Datuk Masidi Manjun bagi membincangkan hala tuju seterusnya berkaitan tuntutan tersebut.

“Kerajaan juga memutuskan untuk tidak memfailkan rayuan, sebaliknya memberi fokus kepada rundingan yang sedang berlangsung.

“Kita sudah bersepakat untuk menggerakkan jawatankuasa melibatkan Kementerian Kewangan, kerajaan negeri serta pasukan teknikal di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri bagi meneliti hasil rundingan terdahulu.

“Mereka akan memberi taklimat sebelum keputusan penting dibuat untuk dibawa kepada kerajaan negeri dan seterusnya ke peringkat Kabinet Persekutuan,” katanya semasa sidang media selepas membuat lawatan di Pencawang PPU Gudon di sini, pada Isnin.

Tegasnya, penangguhan yang berlaku tidak bermakna rundingan dihentikan, sebaliknya proses itu akan terus berjalan seiring dengan prosiding mahkamah yang tetap dihormati.

“Mahkamah biar berjalan seperti biasa, itu proses yang kita hormati. Pada masa sama, tanggungjawab kita adalah meneruskan rundingan kerana ia akan menjadi input kepada jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa induk yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri,” jelasnya.

Tambahnya, peranan beliau adalah untuk menyelaras serta mengharmonikan perbincangan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri supaya beberapa langkah konkrit dapat dicadangkan bagi merealisasikan tuntutan tersebut.

Mustapha berkata, isu berkenaan bukan perkara baharu kerana rundingan antara Sabah dan Persekutuan telah berlangsung sejak pembentukan Malaysia.

“Ini proses rundingan yang panjang dan kita hanya meneruskan tradisi itu. Apa yang penting, ruang perbincangan kini lebih terbuka dan ada komitmen untuk menyelesaikannya.

“Saya meminta semua pihak memberi ruang kepada proses rundingan tersebut agar penyelesaian yang dicapai dapat dipersetujui bersama demi kepentingan rakyat Sabah,” ujarnya.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori