Bersatu Kuala Krai kemuka 3 calon PRK Nenggiri

KUALA KRAI – Ketua Bersatu Bahagian Kuala Krai, Zulfaqar Dahalan antara tiga nama yang disebut sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Dua nama lain adalah bekas Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Gua Musang, Che Ariffin Hussin dan Sheikh Razali Hamad.

Dengan berbaki 25 hari lagi sebelum tarikh penamaan calon, tiga nama berkenaan dikatakan sudah diangkat oleh Bersatu Kelantan kepada pucuk pimpinan.

Daripada tiga nama berkenaan, Sheikh Razali dan Che Ariffin adalah calon tempatan, manakala Zulfaqar adalah calon import dari Kuala Krai, lapor BH Online.

Media sebelum ini melaporkan, Bersatu Kelantan sudah menghantar tiga nama kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih sebagai calon PRK DUN Nenggiri.

Pengerusinya, Datuk Kamaruddin Md Noor dilaporkan berkata, ketiga-tiga nama berkenaan dihantar minggu lalu.

Terdahulu, media melaporkan terdapat pemimpin PAS yang juga sekutu Bersatu dalam Perikatan Nasional, mahu meletakkan calon dari PAS untuk bertanding di kerusi DUN Nenggiri.

Semalam, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menggesa agar kekosongan di DUN Nenggiri diisi oleh calon dari parti itu pada PRK akan datang.

Ketua DMPM, Nuridah Mohd Salleh berkata, warga Nenggiri sudah tentu kecewa angkara pengkhianatan bekas ADUN tersebut yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 7 November lepas.

Ketua Pemuda PAS Gua Musang, Mohd Habidin Hanipa sebelum ini turut memberi amaran bahawa hanya calon dari parti itu yang patut diketrngahkan pada PRK Nenggiri.

“Pemuda PAS Kawasan (Gua Musang) juga bersedia mencadangkan calon yang sesuai, dan sememangnya PAS mempunyai ramai calon yang berkelayakan untuk diletakkan dalam PRK DUN Nenggiri,” katanya dalam kenyataan media pada 2 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos depan.

Pada PRN yang berlangsung pada Ogos tahun lalu, Mohd Azizi menang dengan majoriti 810 undi apabila mendapat 6,517 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Ab Aziz Yusoff yang memperolehi 5,707 undi. 

Related Posts

Kemungkinan tiada PRN Negeri Sembilan namun terpulang kepada Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Negeri Sembilan dijangka tidak akan mengadakan pilihan raya negeri di tengah-tengah kemelut pemerintahan yang berlaku ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah drastik BN Negeri Sembilan makan diri, rakyat tolak politik tidak stabil

PUTRAJAYA – Tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun mencetuskan krisis persepsi negatif politik dalam Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemungkinan tiada PRN Negeri Sembilan namun terpulang kepada Tuanku Muhriz

Kemungkinan tiada PRN Negeri Sembilan namun terpulang kepada Tuanku Muhriz

Langkah drastik BN Negeri Sembilan makan diri, rakyat tolak politik tidak stabil

Langkah drastik BN Negeri Sembilan makan diri, rakyat tolak politik tidak stabil

Lebih banyak projek rumah mampu milik dirancang kerajaan Pahang

Lebih banyak projek rumah mampu milik dirancang kerajaan Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu