Strategi banteras rasuah nasional dibentang di Dewan Rakyat esok

KUALA LUMPUR – Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 akan dibentang di Dewan Rakyat esok, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dilancarkan pada 7 Mei 2024, NACS adalah komponen penting agenda reformasi Malaysia. Ia menggariskan strategi teras secara menyeluruh dalam usaha pencegahan rasuah di Malaysia.

Untuk makluman, Pelan Antirasuah Nasional (NACP) telah dilancarkan pada 2019, jadi NACS dilihat sebagai kesinambungan dan penambahbaikan daripadanya. NACS menyediakan rangka kerja dan menunjukkan arah jelas untuk membanteras rasuah di setiap peringkat.

NACS menetapkan matlamat untuk mengukuhkan integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban semua pihak di seluruh negara, dengan menggariskan lima strategi jelas dan 60 substrategi memerlukan kerjasama merentas pelbagai sektor. – Berita Harian

Related Posts

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Legasi dan i-Emas bagi memperkukuh jaminan kewangan serta memastikan kelangsungan simpanan persaraan ahli dalam jangka panjang. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas