Bersatu kemaruk kuasa, peletakan jawatan Ahmad Samsuri amaran dari Pas

KUALA LUMPUR – Bersatu ketika ini bersikap kemaruk kuasa apabila melantik kepimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada parti itu, tanpa mendapat persetujuan daripada parti komponen, khususnya Pas.

Sumber berkata, parti yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu mula menunjukkan taring dengan menjadi ‘abang besar’ yang mendominasi PN, sehingga sanggup mengetepikan pemimpin Pas yang lebih layak menyertai kepimpinan tertinggi gabungan pembangkang.

Sehubungan itu, menurutnya, Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengambil keputusan meletakkan jawatan daripada Bendahari PN sebagai tanda protes terhadap Bersatu yang sudah melampaui batas serta gila kuasa untuk mendominasi suara pembangkang.

“Bersatu dengan sewenang-wenangnya
membuat keputusan dalam PN tanpa berbicara dengan Pas. Pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung PN siapa yang restui, sebab pemimpin Pas tidak tahu dia yang akan dipilih.

“Dahlah sibuk canang Perdana Menteri di kalangan Bersatu, semua mereka nak sapu jawatan dalam PN. Ketua Pembangkang, Ketua Wanita PN, Setiausaha Agung PN pun dari Bersatu.

“Inilah sikap abang besar pemimpin Bersatu. Bila kemaruk kuasa, di kerusi pembangkang pun mereka sanggup bermain api dalam sekam. Sebab itu, tindakan Dr Sam (Ahmad Samsuri letak jawatan) ini adalah amaran daripada kita agar Bersatu henti bermain politik kotor,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press (TMP), hari ini.

Dalam pada itu, sumber memaklumkan, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan lebih layak dilantik Setiausaha Agung PN berbanding Azmin yang tidak lagi relevan berikutan sikap politik kotor yang dimainkan pemimpin itu mula ditolak rakyat.

Jelasnya, perkara itu terbukti apabila PN mengalami kekalahan pada setiap Pilihan Raya Kecil (PRK) jika calon pembangkang terdiri daripada Bersatu dan sudah dapat diramalkan pembangkang akan mengalami kekalahan sekiranya jentera dipimpin oleh Azmin.

“Tidak mustahil untuk kita (Pas) menarik diri dari PN jika Bersatu terus bersikap angkuh dan bongkak sehingga sanggup ‘memijak kepala’ kebaikan kepimpinan Pas. Jangan Bersatu lupa, Pas lebih banyak memiliki kerusi di Parlimen selain kami berjaya menguasai empat negeri.

“Jangan ingat Pas tidak berani, Dr Sam dah pun buktikan bahawa parti ini mempunyai hak bersuara dan berada dalam barisan kepimpinan tertinggi PN agar boleh bersama-sama dalam memperjuangkan kebajikan rakyat selain menjadi semak dan imbang terhadap kerajaan,” katanya.

Terdahulu, peletakan jawatan Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu sebagai Bendahari Agung PN agak mengejutkan terutama kepada ahli dan penyokong gabungan parti berkenaan.

Tanpa sebarang ‘ribut’ dan ‘badai’, pengumuman pelepasan jawatan secara tiba-tiba itu dibuat Naib Presiden Pas berkenaan seperti yang dilaporkan portal rasmi Pas pada Rabu.

Lebih mencurigakan, peletakan jawatan terbabit dibuat hanya dua hari selepas Majlis Tertinggi PN bermesyuarat untuk mengesahkan pelantikan enam jawatan penting yang kesemuanya kekal menjadi milik Bersatu.

Related Posts

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Oleh: Alif Abd Aziz SEKIJANG, 19 April 2026 – Kerajaan terus komited memperkukuh kefahaman rakyat terhadap isu krisis tenaga global menerusi pendekatan komunikasi bersemuka yang lebih menyeluruh dan berkesan. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud kebimbangan mengenai penganjuran pameran aset dan teknologi pertahanan terutama berkait persenjataan yang boleh membawa kemusnahan. Bagaimanapun, beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah