Benarkah Dr Sam masih calon PM daripada PN?

SELEPAS 2 Disember tahun lalu, sebahagian besar penyokong Perikatan Nasional (PN) – atau sebenarnya penyokong Pas – begitu yakin bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar adalah calon paling tepat untuk menjadi Perdana Menteri.

Ini selepas Menteri Besar Terengganu itu menang bergaya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Maka bertebaranlah khabar angin dan ‘cakap-cakap kedai kopi’ mengenai kemenangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang yang kini sudah boleh menunjukkan kredibiliti di Dewan Rakyat.

Namun, selepas hampir 11 bulan berlalu, nama Ahmad Samsuri atau lebih dikenali sebagai Dr Sam dalam kalangan penyokong tegar Pas dilihat sedikit tenggelam.

Dr Sam lebih banyak bercakap mengenai situasi di Terengganu dan sesekali membangkitkan isu kononnya Kerajaan Perpaduan menyekat pengagihan royalti minyak dan gas ke negeri itu.

Berkaitan dasar utama negara, jarang sekali dibicarakan beliau.

Mungkin bebanan dipikul sebagai Menteri Besar membataskan kelantangan beliau dalam isu perdana.

Kemudiannya, pemilihan Bersatu – parti gabungan dalam PN – yang baru berlalu pula, masih sibuk mengangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ‘poster boy’ atau paling layak dilantik sebagai Perdana Menteri jika PN menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Dan perlahan-lahan, nama Dr Sam ditolak ke ‘penjuru dinding’ dan seperti tidak langsung akan dipertimbangkan sebagai Perdana Menteri daripada PN selepas ini.

Walaupun perkembangan sepanjang minggu lepas menyaksikan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menegaskan parti Pas lebih layak mengetuai PN – atau dalam lain perkataan Perdana Menteri – tapi pimpinan utama Bersatu tetap ‘berdegil’ dan mahu Muhyiddin memegang jawatan itu.

Pertelingkahan ini agak kelakar memandangkan tempoh pentadbiran Kerajaan Madani masih panjang, masih berbaki kira-kira tiga tahun lagi.

Namun, begitulah PN, awal-awal lagi sudah memasang impian yang mengagumkan.

Mengenai Dr Sam pula, beliau nampaknya masih mengharapkan isu royalti dan wang ehsan dapat digunakan oleh Pas Terengganu dalam mempengaruhi sokongan terhadap mereka.

Walhal, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menjelaskan baru-baru ini mengenai pengagihan wang ihsan sudah dilakukan dan dua negeri di Pantai Timur menerima sejumlah besar peruntukan daripada Kerajaan Perpaduan.

Rekod Dr Sam selepas hampir dua penggal mengetuai Kerajaan Terengganu juga tidak banyak boleh dibanggakan.

Pelbagai bantuan kepada rakyat terbanyak juga seperti tidak lagi dilakukan kerajaan negeri Terengganu.

Dan, apabila mereka tidak dapat mengumumkan bonus kepada penjawat awam negeri, maka sekali lagi kelemahan itu dikaitkan dengan sekatan oleh pihak tertentu dalam Kerajaan Perpaduan.

Pelik, kerana yang melaksanakan tadbir urus di Terengganu adalah kerajaan Pas, tapi yang menerima salah pula Kerajaan Pusat.

Jika pentadbiran berjalan dengan baik, telus dan penuh integriti, sudah pasti jumlah kutipan hasil mencukupi untuk membiayai pentadbiran dan hal ehwal berkaitan.

Apalah salahnya jika sesekali mengakui kelemahan diri dan tidak berterusan menyalahkan orang lain.

Kita bimbang apa lagi yang akan berlaku di Terengganu selepas ini jika sikap angkuh tidak dihilangkan daripada pemikiran mereka.

Related Posts

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

MEMALUKAN! Demikian perkembangan terkini yang mengaitkan Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dengan pertikaian undang-undang berhubung kenyataan terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bukan sekadar isu individu. Ia membuka persoalan lebih besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

  • By Siti
  • April 21, 2026
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun