UMNO tarik balik penggantungan keahlian Tajuddin

PUTRAJAYA – Penggantungan keahlian UMNO bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ditarik serta-merta berkuat kuasa hari ini.

Setiausaha Agung, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu diputuskan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi.

“MKT sebulat suara untuk menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta selaras dengan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO,” katanya dalam kenyataan.

Tajuddin sebelum ini digantung keahlian selama enam tahun bermula September 2022 kerana kesalahan mengkritik parti.

Susulan itu, beliau dilapor mengemukakan rayuan sebanyak empat kali, namun masih belum mendapat sebarang maklum balas daripada parti.

Dalam pada itu, Asyraf berkata, MKT turut melantik Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Datuk Othman Desa sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi Dilantik.

Related Posts

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

TAWAU – Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) terus memperkukuh kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) demi memastikan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Presiden Harapan Rakyat, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

KUANTAN – Semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, dekat Jerantut, memberi keyakinan kepada pimpinan UMNO Bahagian itu menjelang pilihan raya umum (PRU) akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

  • By Siti
  • April 21, 2026
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas