Belanjawan 2026 tidak tempang, pembangkang gagal faham asas ekonomi – Mahfuz

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menempelak kenyataan Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman yang mendakwa Belanjawan 2026 sebagai ‘tempang’ dan ‘tidak cukup berani’, menyifatkan tuduhan itu sebagai dangkal dan tidak berasaskan fakta ekonomi.

Menurut Mahfuz, yang tempang bukanlah bajet yang dibentangkan kerajaan, tetapi cara pemikiran pembangkang yang masih menilai belanjawan negara menggunakan kaca mata politik sempit, bukan neraca ekonomi sebenar.

“Beliau menuduh Belanjawan 2026 tidak seimbang dan bersifat prapilihan raya, tetapi tidak kemukakan satu pun data atau angka untuk menyokong dakwaan itu.

“Kalau beginilah tahap pakar ekonomi pembangkang, tidak hairan ekonomi mereka dulu pun pincang bila berkuasa — retorik banyak, isi kosong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahfuz menegaskan, Belanjawan 2026 membuktikan Kerajaan MADANI berani mengimbangi disiplin fiskal dan kebajikan rakyat, dengan menurunkan defisit kepada 3.5 peratus sambil mengekalkan bantuan tunai dan subsidi bersasar.

Beliau turut menyindir sikap pembangkang yang sering menggambarkan sebarang bantuan kerajaan sebagai ‘umpan undi’, sedangkan langkah tersebut adalah sebahagian daripada strategi ekonomi berstruktur.

“Bila kerajaan bantu rakyat, dikata beli undi; bila kerajaan tak bantu, dikata zalim. Kalau ikut logik mereka, kerajaan sepatutnya jangan buat apa-apa supaya pembangkang boleh terus menuduh tanpa malu,” katanya sinis.

Dalam kenyataan itu juga, Mahfuz menyenaraikan pelbagai projek pembangunan yang diperuntukkan kepada negeri pembangkang seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah, termasuk program bekalan air, lebuh raya dan agromakanan, sekali gus menolak dakwaan kononnya wilayah tersebut terpinggir.

“Yang tempang bukan bajet, tetapi otak beku pembangkang yang gagal membaca angka. Belanjawan ini bukan manifesto parti, tetapi pelan realistik berpaksikan tanggungjawab fiskal,” katanya.

Menutup kenyataannya, Mahfuz menegaskan bahawa keberanian sebenar kerajaan bukan pada tindakan populis, tetapi pada kesanggupan melaksanakan reformasi fiskal dan ekonomi dengan penuh tanggungjawab.

“Kerajaan hari ini memilih keberanian yang berimbang, bukan keberanian membabi buta.

“Kebodohan paling besar ialah bila orang bercakap ekonomi, tapi tak tahu beza antara fakta dan fantasi,” katanya.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM