Belanjawan 2025: Pulihkan sistem pendidikan negara, strukur semula bantuan murid miskin

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan kerajaan menstrukturkan semula bantuan atau subsidi kerajaan kepada murid serta pelajar melalui Belanjawan 2025 supaya golongan yang benar-benar memerlukan dibantu untuk mendapatkan akses pendidikan.

Pakar pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, ia bagi mengelak wujud jurang besar daripada segi akses terhadap pendidikan yang disediakan kerajaan antara golongan miskin termasuk yang menetap di pedalaman dengan golongan kaya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar kerajaan melakukan penstrukturan semula Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi memastikan bantuan itu benar-benar memberikan manafaat terbesar kepada murid.

“Mengambil kira kemampuan peruntukan kerajaan yang terhad, pemberian BAP secara sama rata tidak lagi sesuai diamalkan. Ada murid lebih memerlukan BAP bagi tujuan persekolahan berbanding murid lain lebih kaya dan mampu. Ia seharusnya disusun semula dengan perkadaran yang lebih munasabah. Misalnya, T20-RM100, M40-RM150 dan B40-RM200.

“Pada masa sama, kerajaan menerusi Belanjawan 2025 bolej mewartakan asrama harian sebagai institusi bantuan pendidikan hanya untuk murid miskin, mnakala sekolah asrama penuh dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) diwartakan sebagai institusi bantuan pendidikan untuk murid miskin yang berprestasi paling cemerlang.

“Belanjawan 2025 merupakan salah satu cara paling berkesan untuk membantu golongan miskin keluar daripada kesempitan hidup dengan memastikan anak-anak mereka mendapat akses pendidikan sempurna, seterusnya meningkatkan mobiliti sosial mereka,” katanya kepada The Malaysia Press, hari ini.

Dalam pada itu, Anuar berkata, menerusi Belanjawan 2025, kerajaan dicadang menyediakan bantuan dalam bentuk subsidi bagi yuran prasekolah swasta di kawasan tidak mempunyai prasekolah yang diuruskan oleh kerajaan kepada golongan B40.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM memaklumkan penyediaan lebih banyak prasekolah kerajaan dan subsidi yuran prasekolah swasta kepada golongan miskin akan meningkatkan kadar literasi dan numerasi murid di seluruh negara.

“Selain itu, kerajaan juga disaran menyediakan  peruntukan pendidikan digital untuk semua sekolah dan boleh memulakan program ‘sekolah angkat digital’ dengan kerjasama dengan pihak industri.

“Bagi tumpuan kepada sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pula, kerajaan wajar menambah bilangan institusi yang menawarkan latihan itu selain menyediakan kerangka dasar untuk memulakan aliran TVET di tingkatan satu sekolah menengah,” katanya.

Dari aspek pemerkasaan guru pula, tambah beliau, kerajaan turut dicadangkan menaikkan elaun guru Semenanjung yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak, begitu juga elaun guru dari kedua-dua negeri itu yang bertugas di Semenanjung.

“Pelbagai masalah perlu diatasi segera seperti keciciran pelajar, jurang pendidikan antara wilayah, kedaifan kemudahan sekolah dan kekurangan guru sehingga menyebabkan kemerosotan kualiti pendidikan. 

“Sistem pendidikan negara sedang melalui krisis pendidikan yang memerlukan pemulihan segera secara besar-besaran dan menyeluruh, justeru Belanjawan 2025 diharapkan dapat memulihkan semula pencapaian dan kualiti sistem pendidikan negara,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membentangkan Belanjawan 2025 pada Jumaat ini.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menerusi sidang media mingguan di Putrajaya, minggu lalu.

Related Posts

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

KUCHING – Sebanyak 10 tapak Bazar Ramadan akan beroperasi dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi tahun 2026, melibatkan penyertaan penganjur daripada pihak komuniti dan sektor swasta. Pengerusi MPP,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

PAGI itu, seorang ibu berdiri di hadapan pintu sekolah rendah dengan tangan anaknya digenggam erat. Anak itu baru berusia 6 tahun. Wajahnya tidak gentar. Beg galasnya kemas, matanya bercahaya, dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi