Belanjawan 2025: Pengusaha agropelancongan berharap diberi perhatian

ALOR SETAR – Menjelang pembentangan Belanjawan 2025 nanti pengusaha agropelancongan berharap Kerajaan Madani memberi perhatian serta peruntukan bagi sektor itu.

Kawasan luar bandar yang terbiar selama ini dikatakan mampu menjana pendapatan penduduk tetapi kerajaan juga perlu bergading bahu untuk membantu mereka.

Menurut Mohd Fakrurrozi Shaari, 45, dari Kampung Budi , Pokok Sena, pihak kerajaan hari ini perlu memberi perhatian juga kepada agropelancongan supaya penduduk di sekitarnya turut mendapat manfaat.

Katanya, sebelum ini kawasan sawah dan kampung terbiar usang begitu sahaja tetapi kini mampu menjadi agropelancongan apabila kawasan berkenaan dapat dimajukan.

“Bagaimanapun agensi kerajaan perlu turun serta memberi bantuan supaya aktiviti ini dapat diketengahkan terutamanya kepada pelancong tempatan mahu pun luar negara.

“Sehingga kini pelancong asing masih lagi kurang datang terutamanya di kawasan luar bandar bagi menikmati keindahan sawah atau kampung tradisional. Kami pengusaha sangat memerlukan agensi yang berkenaan dapat mempromosikan lagi hingga ke peringkat antarabangsa,” katanya yang mengusahakan LoqSari Agro Farm di Pokok Sena.

Jelasnya lagi, melalui bantuan kewangan atau khidmat nasihat serta kemudahan asas dikatakan mampu merangsangkan lagi industri ini.

“Di Kedah ini kita mempunyai banyak kawasan yang indah sama ada kampung atau pun kawasan sawah. Bagaimanapun agensi berkenaan perlu dan menawarkan pelbagai bantuan yang ada.

“Sekiranya mengharapkan dari tabungan pengusaha sendiri, saya yakin industri ini lambat berkembang. Dengan belanjawan yang dibentangkan nanti diharap kerajaan yang dipimpin oleh PMX dapat membantu pengusaha agro pelancongan ini,” katanya.

Bagi Amir Wahab, 51, pula berkata, melalui belanjawan ini nanti kerajaan perlu membantu usahawan kampung dalam agropelancongan ini.

Katanya, penduduk tempatan hanya sekadar menerokai atau membuka kawasan pelancongan sahaja tetapi sangat memerlukan bantuan dan khidmat nasihat serta kemudahan asas.

“Kini sudah sampai masanya agensi kerajaan dapat membantu dan memajukan kami yang mengusahakan agropelancongan ini. Kejayaan ini bukan untuk pengusaha sahaja tetapi kepada masyarakat sekeliling terutama golongan belia yang menganggur,” katanya yang mengusahakan rumah bot di Tasik Pedu.

Related Posts

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil langkah pengawalan susulan isu gangguan monyet liar atau dikenali sebagai monyet gunung di Taman Rekreasi Gunung Lang, di sini, yang tular dan dilaporkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

MIRI – Seramai 500 murid daripada golongan asnaf di daerah ini menerima khabar gembira apabila terpilih menerima sumbangan dana Zakat i-Asnaf daripada Petronas Carigali Sdn Bhd. Sumbangan menerusi Badan Asy…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam