Sabah setuju selaras gaji di bawah SSPA

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mengumumkan bahawa Kabinet Negeri bersetuju berkenaan pelarasan gaji perkhidmatan awam negeri dalam dua fasa selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada 1 Disember.

Hajiji berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pada 16 Ogos lalu bahawa SSPA akan menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM).

Menurut beliau, pelarasan gaji kepada seramai 21,228 penjawat awam negeri itu akan dilaksanakan pada 1 Disember (fasa pertama) dan 1 Januari 2026 (fasa kedua) dengan melibatkan peruntukan keseluruhan RM103,020,059.66.

“Kabinet negeri juga bersetuju untuk menyelaraskan kadar gaji pekerja sambilan harian negeri kepada minimum RM1,725 sebulan serta penambahbaikan faedah sedia ada mulai 1 Disember.

“Pelarasan gaji untuk 2,116 pekerja sambilan harian akan melibatkan kos sebanyak RM46,096,140.

“Jumlah keseluruhan peruntukan bagi penyelarasan gaji perkhidmatan awam negeri dan pekerja sambilan harian ialah RM149,116,199.66,” katanya menerusi kenyataan media pada Rabu.

Jelasnya, ia adalah manifestasi pengiktirafan kerajaan negeri terhadap sumbangan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan pekerja sambilan harian kepada agenda pembangunan negeri, selain membantu meringankan kos sara hidup harian yang semakin meningkat.

Related Posts

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

Oleh: LINA B SIBU – Pembukaan Institut Latihan Maritim TCCS Marine Sdn Bhd dan pelancaran Pusat Latihan Simulator di sini dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam memperkasakan pembangunan modal insan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

SIBU – Pembukaan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkasakan ekosistem latihan maritim negara selaras keperluan industri perkapalan yang semakin kompleks. Ketua Pengarah Jabatan Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi