PRK Ayer Kuning: Ketepikan perbezaan yang ada demi negara

KEMENANGAN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning penting buat Kerajaan Perpaduan bagi meneruskan momentum dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara ketika ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kemenangan Ayer Kuning akan melambangkan perpaduan kaum yang utuh sekali gus mewujudkan kestabilan politik yang tentunya dapat memikat negara-negara kuasa besar dunia melabur di Malaysia.

Justeru, beliau berharap rakyat di Ayer Kuning khususnya kaum Cina akan memenangkan calon Barisan Nasional (BN) Dr Ustaz Yusri Bakir pada PRK 26 April ini dan mengenepikan perbezaan yang ada demi kesejahteraan negara.

“Saya yakin sebelum ini mungkin ada yang bergesel antara satu sama lain, tetapi parti pada ketika ini, perbezaan yang ada boleh kita ketepikan buat sementara.

“Untuk apa? Untuk negara kita. Untuk siapa? Untuk rakyat Malaysia. Buktinya baru-baru ini Presiden China datang ke Malaysia.

“Perpaduan yang ada menarik Presiden China datang ke Malaysia, jadi Ayer Kuning jangan rosakkan mood yang ada ini kerana kita mahu Malaysia terus menarik minat negara besar di dunia menjalinkan hubungan dagang, melabur dengan kita,” katanya.

Amirudin berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Kaum Cina di Kampung Baru Coldstream, Bidor, pada Ahad.

PRK Ayer Kuning memiliki 23.9 peratus komposisi kaum Cina yang boleh menjadi penentu kemenangan kepada calon-calon yang bertanding.

Ustaz Yusri akan ditentang calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan Bakawani KS daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Related Posts

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Legasi dan i-Emas bagi memperkukuh jaminan kewangan serta memastikan kelangsungan simpanan persaraan ahli dalam jangka panjang. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO