Beit Lahia kembali berdarah

GAZA – Sekurang-kurangnya 55 orang awam, termasuk kanak-kanak dan wanita, terbunuh manakala puluhan yang lain cedera parah dalam pembunuhan beramai-ramai yang menyasarkan penduduk  Beit Lahia, di utara Semenanjung Gaza.

Sumber perubatan melaporkan, lebih daripada 55 rakyat terbunuh dan puluhan yang lain masih hilang dalam pengeboman rejim Israel terhadap sebuah bangunan kediaman lima tingkat, yang menempatkan kira-kira 150 orang kehilangan tempat tinggal, milik keluarga Abu Nasr di Beit Lahia, lapor agensi WAFA.

Menurut sumber, puluhan lagi rakyat Palestin dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan, sementara menunggu rayuan untuk menyelamatkan dan melakukan pencarian mangsa yang hilang diluluskan, memandangkan mereka telah terputus hubungan dengan pihak pertahanan awam.

Selain itu, menurut sumber tempatan, 20 orang mangsa yang mengalami kecederaan parah menerima rawatan di Hospital Kamal Adwan, yang mana menjadi sasaran tembakan meriam berterusan sejak subuh Selasa.

Sebagai rekod, semenanjung Gaza utara, terutamanya Jabalia dan Beit Lahia, telah mengalami pengepungan, kemusnahan, ancaman kebuluran dan pemindahan paksa selama 25 hari berturut-turut, di mana bekalan makanan, air, bahan bakar dan ubat-ubatan telah dihalang, mengakibatkan pembunuhan orang awam.

Setakat Isnin, jumlah mangsa yang terkorban di Palestin sejak 7 Oktober tahun lalu telah meningkat kepada 43,020 kematian dan 101,110 yang cedera akibat kekejaman tanpa henti rejim Israel.

Related Posts

ASEAN kekal utuh hadapi cabaran global

CEBU – ASEAN terus menunjukkan keteguhan dalam menghadapi pelbagai cabaran global apabila krisis dan ketidaktentuan semasa tidak melemahkan blok serantau itu, sebaliknya mempererat kerjasama antara negara anggota. Presiden Filipina, Ferdinand…

Lebih lanjut

teruskan membaca
China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

BEIJING – China menegaskan tidak akan mematuhi sekatan dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap lima syarikatnya yang didakwa membeli minyak dari Iran. Kementerian Perdagangan China dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi