Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

JITRA – Bapa kepada dua beradik yang cedera akibat bermain mercun bola di kawasan rumah mereka di Kampung Baru, Kuala Nerang pada 19 Mac lalu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian tragis yang berlaku.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada Isnin lalu untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama.

Menurutnya, polis kini sedang melengkapkan siasatan dan akan merujuk hasil siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat bagi mendapatkan arahan selanjutnya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya ketika sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kubang Pasu daripada Asisten Komisioner Mohd Redzuan Salleh kepada Superitendan Mohd Radzi Abdul Rahim yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, di sini.

Sebelum ini, media melaporkan kejadian yang berlaku di Kampung Baru itu mengakibatkan Muhammad Zharif Daniel Norsyuwari Hariz, 7, melecur teruk dengan kecederaan serius di tangan, apabila semua jarinya hingga pergelangan tangan kiri hancur serta bawah pipi kanan terkoyak.

Adiknya, Muhammad Aiman Naufal, 4, pula melecur di bahagian badan akibat letupan mercun bola.

Fisol turut mengingatkan bahawa penggunaan dan penyimpanan bahan letupan seperti mercun adalah perkara yang serius serta melanggar undang-undang.

“Kami berharap agar kejadian ini menjadi peringatan kepada semua pihak agar tidak berlaku dalam tempoh beberapa hari menjelang Aidilfitri,” ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau menggesa pengguna jalan raya sempena cuti panjang Aidilfitri agar mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan berlakunya kemalangan maut.

Menurutnya, statistik terkini menunjukkan penurunan jumlah kemalangan kepada 6,174 kes dari 1 Januari hingga 25 Mac, iaitu pengurangan sebanyak 343 kes berbanding tempoh sama tahun lalu.

Tambahnya, polis Kedah berharap momentum positif ini dapat diteruskan sepanjang musim perayaan dalam menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

Related Posts

Dua suspek larikan barang kemas berjaya dicekup

TEMERLOH – Dua lelaki ditahan disyaki terlibat kes larikan barang kemas dari sebuah kedai emas di di Jalan Ahmad Shah di sini, 27 April lalu. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki berputih mata rugi RM411,000 diperdaya pelaburan saham tidak wujud

KUCHING – Seorang lelaki warga tempatan berusia 55 tahun mengalami kerugian sebanyak RM411,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan pelaburan saham tidak wujud dalam talian. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua suspek larikan barang kemas berjaya dicekup

Dua suspek larikan barang kemas berjaya dicekup

Lelaki berputih mata rugi RM411,000 diperdaya pelaburan saham tidak wujud

Lelaki berputih mata rugi RM411,000 diperdaya pelaburan saham tidak wujud

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal