Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

KUCHING – Dalam usaha menyokong rakan pemandu sepanjang bulan Ramadan, Maxim menganjurkan program berbuka puasa bersama serta menyampaikan bantuan keperluan asas kepada pemandu yang memerlukan.

Menurut kenyataan rasmi Maxim, pihak Maxim Samarahan turut bekerjasama dengan Masjid Nur Hidayah bagi mengadakan majlis iftar bersama lebih 50 rakan pemandu serta masyarakat setempat. 

“Inisiatif ini bertujuan menghargai pengorbanan pemandu yang bekerja keras terutama pada waktu puncak, di mana mereka sering kesuntukan masa untuk berbuka puasa dengan sempurna.

Ketua bahagian Maxim Samarahan, Matius Jawi berkata, program ini adalah sebahagian daripada komitmen syarikat dalam menyokong kebajikan masyarakat yang berkerja keras sepanjang bulan Ramadan. 

“Kempen seperti ini penting untuk menekankan nilai solidariti dan kasih sayang terhadap mereka yang bertungkus-lumus mencari rezeki. 

“Kami ingin memastikan rakan pemandu dapat berbuka puasa sambil menghargai usaha mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang,” katanya.

Selain program iftar, Maxim turut menyalurkan bantuan keperluan asas kepada pemandu terpilih yang memerlukan. 

Bantuan ini diagihkan dua minggu sebelum Aidilfitri sebagai persediaan menyambut lebaran dan merangkumi barangan seperti beras, biskut, telur, dan keperluan asas lain.

Related Posts

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan hasrat untuk menubuhkan Pusat Rujukan Jawi Pahang sebagai teras pendidikan, rujukan dan pemeliharaan tulisan jawi. Baginda mahu semua pihak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini

CONTINENTAL akan menghentikan operasi pembuatan tayar dikilangnya di Alor Setar. Kedah, menjelang hujung tahun 2025. Keputusan untuk menutup kilang tayar yang memiliki seramai 950 pekerja itu merupakan hasil daripada semakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini

950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini

Ekspedisi Jelajah 70 tahun PPS, perkukuh hubungan dengan pelanggan

  • By Ynom
  • April 28, 2025
Ekspedisi Jelajah 70 tahun PPS, perkukuh hubungan dengan pelanggan

Kerajaan Sabah laksana banyak inisiatif pembangunan, kesejahteraan rakyat

Kerajaan Sabah laksana banyak inisiatif pembangunan, kesejahteraan rakyat

5 formula ‘ABCDE’ mampu tawan Kedah – Ahmad Maslan

5 formula ‘ABCDE’ mampu tawan Kedah – Ahmad Maslan